Seni sebagai praktis sosial: garis teori dan amalan dalam seni rupa kontemporari Malaysia / Diana Ibrahim...[et.al]

Pelbagai amalan dan pendekatan penghasilan seni tumbuh dalam kemeriah era seni rupa kontemporari dengan pelbagai hasrat dan tujuan samada dari individu mahupun sekelompok seniman. Seni rupa pada awalnya dihasilkan dengan memegang kepada gagasan artistik-estetik telah secara perlahan ditolak oleh pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, Diana, Yunus, Yusmilayati
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19841/2/PRO_DIANA%20IBRAHIM%20M%2016%20%282%29.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19841/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelbagai amalan dan pendekatan penghasilan seni tumbuh dalam kemeriah era seni rupa kontemporari dengan pelbagai hasrat dan tujuan samada dari individu mahupun sekelompok seniman. Seni rupa pada awalnya dihasilkan dengan memegang kepada gagasan artistik-estetik telah secara perlahan ditolak oleh penggiat seni rupa Malaysia dalam amalan seni rupa dekat 90an. Amalan seni sebagai sebuah praktis sosial diangkat secara perlahan oleh penggiat seni rupa Malaysia dengan pelbagai manifestasi bergantung kepada pilihan subjek, keterlibatan khalayak, dan locus di mana projek-projek seni dilaksanakan. Kajian berfokus kepada perbincangan estetika amalan seni berlandaskan komuniti di sandarkan menerusi garis konteks teori estetika seni interaksi sosial ‘relational aesthetic’ dan teori terkemudiannya ‘dialogical practice’, ‘partisipatory art’ dan ‘Socially Engage Art’. Penjajaran teori-teori praktis dan amalan seni berlandaskan perhubungan antara seniman (pencipta) dan khalayak (partisipasi) seringkali menemui titik ke dalam jurang konteks sosial. Melalui amalan yang dibangunkan dalam gerak kerja seniman, seni bukan lagi dianggap sebagai subjek, seni dihubungkan dengan pengalaman, membangunkan nilai kesedaran dan potensi diri, membangkitkan kepekaan dan kesedaran serta mewujudkan dialog yang mengarah kepada perpaduan dan kesejahteraan sosial.