Proses adaptasi: kajian lapan karya terpilih dari Malaysia dan Indonesia / Wan Hasmah Wan Teh

Kajian ini membicarakan lapan buah filem adaptasi dari Malaysia dan Indonesia dengan memberi tumpuan khusus kepada proses adaptasi yang berlaku ketika pengarah memindahkan novel ke filem. Filem adaptasi sering kali dikaitkan dengan persoalan “setia” iaitu melihat sejauh mana filem patuh kepada novel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Teh, Wan Hasmah
Format: Book Section
Language:English
Published: Institute of Graduate Studies, UiTM 2015
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19394/1/ABS_WAN%20HASMAH%20WAN%20TEH%20TDRA%20VOL%207%20IGS%2015.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19394/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membicarakan lapan buah filem adaptasi dari Malaysia dan Indonesia dengan memberi tumpuan khusus kepada proses adaptasi yang berlaku ketika pengarah memindahkan novel ke filem. Filem adaptasi sering kali dikaitkan dengan persoalan “setia” iaitu melihat sejauh mana filem patuh kepada novel yang dijadikan sumber atau sebaliknya. Kajian ini memperincikan perbezaan yang terdapat pada kedua-dua medium iaitu novel dan filem bagi membuktikan percantuman antara keduanya pasti menghasilkan karya yang turut berbeza. Terdapat beberapa kaedah adaptasi yang telah dianjurkan oleh sarjana Barat seperti Morris Beja, Geoffrey Wagner, Michael Klein dan Gillian Parker, Dudley Andrew, dan McFarlane. Kebanyakannya mencadangkan agar karya asal dijadikan sumber untuk menghasilkan karya baru atau mengekalkan struktur teks dengan menambah tafsiran yang sesuai atau dalam keadaan tertentu meleraikan sumber teks tersebut. Bagi melihat proses adaptasi yang telah dilakukan oleh pengarah filem, kajian ini mengambil empat buah filem adaptasi dari Malaysia dan empat buah filem adaptasi dari Indonesia. Empat buah filem dari Malaysia adalah “Langit Petang” (1982), “Ranjau Sepanjang Jalan” (1983), “Mira Edora” (1990), dan “Jogho” (1997). Manakala empat buah filem dari Indonesia pula adalah “Salah Asuhan” (1972), “Badai Pasti Berlalu” (1977), “Ayat-Ayat Cinta” (2008), dan “Laskar Pelangi” (2008)…