Penguasaan pelajar terhadap pengajian ilmu Balaghah (retorik) Arab: kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Melaka / Anuar Sopian and Fakrulnizam Jafri

Bahasa Arab bermula sejak penurunan Al-Quran dalam bahasa Arab yang merupakan mukjizat yang paling agung di dunia ini. Balaghah atau pun retorik Arab merupakan antara elemen asas pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab selain daripada Nahu dan Saraf. la amat penting dalam bahasa Arab bagi memudahkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sopian, Anuar, Jafri, Fakrulnizam
Format: Research Reports
Language:English
Published: Research Management Institute (RMI) 2011
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/18169/2/LP_ANUAR%20SOPIAN%20RMI%2011_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/18169/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa Arab bermula sejak penurunan Al-Quran dalam bahasa Arab yang merupakan mukjizat yang paling agung di dunia ini. Balaghah atau pun retorik Arab merupakan antara elemen asas pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab selain daripada Nahu dan Saraf. la amat penting dalam bahasa Arab bagi memudahkan pemahaman terhadap sesuatu teks Arab kerana Bahasa Arab adalah bahasa yang unik dan penuh dengan gaya bahasa kesusasteraan selain memahami Al-Quran dan Hadis. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat penguasaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aliran Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Melaka terhadap bahasa Arab khususnya ilmu Balaghah bagi mengetahui persepsi dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian ilmu retorik Arab serta mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran ilmu retorik Arab. Seramai 150 orang pelajar dipilih sebagai responden kajian daripada jumlah keseluruhan 508 orang pelajar tingkatan lima di SMKA dan SABK seluruh negeri Melaka. Empat sekolah telah dipilih daripada beberapa daerah di negeri Melaka untuk menjadi lokasi kajian, iaitu SMKA Sultan Muhammad Batu Berendam Melaka, SMKA Syarifah Rodziah Telok Mas Melaka, SMA Ahmadi Paya Rumput Jaya, Sungai Udang Melaka dan SMA Ihya El Karim Tanjong Bidara Masjid Tanah, Melaka. Secara keseluruhannya persepsi dan pengetahuan terhadap pengajian ilmu retorik Arab atau al-Balaghah di kalangan pelajar-pelajar aliran agama di setiap SMKA dan SABK yang dikaji adalah pada tahap yang baik. Namun terdapat beberapamasalah yang dikenalpasti yang dihadapi oleh para pelajar yang boleh mengganggu mereka untuk menguasai ilmu ini. Bagi memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu Balaghah dengan sebaik mungkin, penyelidik telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh diperhatikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pengurusan sekolah dan para guru.