Pengenalan awal kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak / Prof Madya Shaharuddin Badaruddin and Sharon Pearl Henry Sherub

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak adalah DUN yang tertua di mana penubuhannya adalah sekitar 1867 di Bintulu. Sepanjang perkembangannya, ia telah mengalami beberapa siri perubahan baik dari segi fizikalnya mahupun dari fungsi dan kuasanya. DUN ini juga telah menempuh tiga zaman yang penting iaitu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Sarawak 2005
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16768/2/34270.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16768/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak adalah DUN yang tertua di mana penubuhannya adalah sekitar 1867 di Bintulu. Sepanjang perkembangannya, ia telah mengalami beberapa siri perubahan baik dari segi fizikalnya mahupun dari fungsi dan kuasanya. DUN ini juga telah menempuh tiga zaman yang penting iaitu zaman pemerintahan Brooke, diikuti oleh zaman pemerintahan penjajah British dan akhirnya zaman kemerdekaan menerusi Malaysia sehingga kini. Yang menariknya tentang DUN Sarawak ini ialah beberapa ciri keistimewaan yang ada padanya. Antaranya adalah kedudukan Speaker di mana ia dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri selepas berbincang dengan Ketua Menteri. Keistimewaannya yang lain ialah wujudnya Perlembagaan Searawak dan juga Peraturan Tetap DUN {Standing Order) yang mempunyai peruntukan seperti wujudnya Jawatankuasa Akaun Awam (The Public Account Committee), Jawatankuasa Pemilihan Khas (Special Select Committee), dan Bil Persendirian Ahli DUN (A Private Member s Bill). Selain daripada itu, ia adalah satu-satunya DUN yang memberi kebebasan pengguna bahasa sama ada menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Peribumi. DUN Sarawak juga adalah antara yang pertama memperkenalkan Undang-undang Anti Lompat Parti (Anti-Hopping Laws).12 Kertas kerja ini akan cuba memaparkan empat perkara penting. Pertamanya ialah sejarah DUN Sarawak dan kaitannya dengan konsep asas demokrasi di Malaysia. Keduanya ialah ulasan perkembangan dan komposisi ahli-ahli dewan dan pencapaian parti-parti politik di dalam DUN. Ketiganya ialah jentera pentadbiran menurut tafsiran Perlembagaan Sarawak dan Peraturan Tetap yang telah diputuskan. Akhirnya ialah isu-isu penting dalam DUN dan cadangancadangan untuk menjadikan perjalanan DUN lebih demokratik dari segi operasinya.