Peranan laman jaringan sosial dalam mengukuhkan ukhwah kekeluargaan / Rosilawati Sultan Mohideen … [et al.]

… [et al.] Abdul Rauf Ridzuan, Aini Faezah Ramlan, Fakhrulnizam Jafri, Faridah Hanem Ab. Rashid, Institusi kekeluargaan merupakan unit asas serta tulang belakang dalam mewujudkan kesempurnaan dalam melengkapkan sistem sosial dan sumber tenaga manusia negara. Keluarga yang kuat dan utuh juga merupak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2015
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16672/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:… [et al.] Abdul Rauf Ridzuan, Aini Faezah Ramlan, Fakhrulnizam Jafri, Faridah Hanem Ab. Rashid, Institusi kekeluargaan merupakan unit asas serta tulang belakang dalam mewujudkan kesempurnaan dalam melengkapkan sistem sosial dan sumber tenaga manusia negara. Keluarga yang kuat dan utuh juga merupakan teras kepada pembentukan masyarakat dan umat yang berdaya maju, berwawasan dan berakhlak. Kini membangunkan institusi keluarga yang kukuh menjadi antara cabaran utama yang perlu dihadapi oleh setiap negara di dunia. Perkembangan sains dan teknologi, globalisasi, peningkatan tahap pendidikan, transformasi struktur ekonomi dan penghijrahan dari luar bandar ke bandar semakin merubah struktur sosiobudaya sesebuah masyarakat. Laman jaringan sosial sudah menjadi sangat popular sebagai alat untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Kajian mendapati bahawa laman jaringan sosial telah digunakan sebagai perantaraan yang penting untuk berinteraksi di kalangan ahli keluarga dan semakin popular. Kajian ini akan menggunakan teori “Speaking Model” sebagai panduan. Melalui kajian ini juga, teori ini akan menentukan sama ada jaringan sosial ini membantu mengeratkan ukhwah kekeluargaan atau sebaliknya.