Falsafah di sebalik ukiran kayu tradisional di Kampung Kelubi, Pasir Puteh, Kelantan / Khairunnisa’ Sukri

Kajian mengenai Falsafah Di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional di Kampung Kelubi, Pasir Puteh, Kelantan menfokuskan mengenai motif ukiran kayu yang dihasilkan oleh para pengukir mempunyai nilai estetikanya yang begitu bernilai dan suatu seni yang begitu halus. Pengkaji melakukan kajian ini dengan mengg...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sukri, Khairunnisa’
Format: Student Project
Language:English
Published: Academy of Language Studies 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16210/2/PPb_KHAIRUNNISA%E2%80%99%20SUKRI%20APB_16_5.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16210/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian mengenai Falsafah Di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional di Kampung Kelubi, Pasir Puteh, Kelantan menfokuskan mengenai motif ukiran kayu yang dihasilkan oleh para pengukir mempunyai nilai estetikanya yang begitu bernilai dan suatu seni yang begitu halus. Pengkaji melakukan kajian ini dengan menggunakan beberapa pendekatan termasuklah kaedah lapangan dengan cara menemubual informan untuk mendapatkan maklumat.Selain itu, pengkaji mendapatkan maklumat lain dengan merujuk kepada tujuh kajian lepas yang telah dipilih bersesuaian dengan kajian pengkaji dan kebanyakan kajian tersebut menekankan kepada keunikan yang dikaitkan dengan falsafah di sebalik ukiran kayu tradisional.Selain itu, pengkaji menggunakan teori yang paling utama berdasarkan persepsi pengukir terdahulu iaitu Wan Su Othman dan Norhaiza Nordin berkaitan dengan motif ukiran Melayu.Tambahan pula, bagi mendapatkan kesahihan sesuatu data, pengkaji turut mengedarkan borang soal selidik kepada beberapa orang responden yang terdiri daripada penduduk dari jajahan negeri Kelantan. Seterusnya, kajian ini menjelaskan mengenai kajian falsafah ukiran Melayu yang meliputi teknik pengaplikasian ukiran kayu sama ada dalam bentuk makna yang berkaitan dengan motif ukiran dan sebagainya.Oleh itu, motif ukiran yang dicipta ini sebenarnya bukan hanya sekadar tatapan masyarakat sebagai pameran keindahan semula jadi, tetapi tujuan utama motif ini adalah sebagai simbolik untuk membentuk keperibadian masyarakat terutamanya dari segi keluhuran budi, budaya dan adab tatasusila masyarakat Melayu.