Pengurusan busana tradisional Minangkabau di Muzium Adat Negeri Sembilan: Kajian busana Bundo Kanduang / Muhammad Syafiq Zaine
Istilah Bundo Kanduang (Bunda Kandung) diberikan kepada perempuan-perempuan Minangkabau yang arif dan bijaksana; orang yang kata-katanya didengar (Syahlinar Udin, 2004). Busana Tradisional sinonim dengan lambang sesebuah budaya dalam menunjukkan nilai yang terdapat pada sesebuah kelompok masyarakat...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Film, Theatre and Animation
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15938/1/PPb_MUHAMMAD%20SYAFIQ%20ZAINE%20FF%2015_5.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15938/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Istilah Bundo Kanduang (Bunda Kandung) diberikan kepada perempuan-perempuan Minangkabau yang arif dan bijaksana; orang yang kata-katanya didengar (Syahlinar Udin, 2004). Busana Tradisional sinonim dengan lambang sesebuah budaya dalam
menunjukkan nilai yang terdapat pada sesebuah kelompok masyarakat. Penyelidikan ini lebih fokus kepada aspek pengurusan Artifak Tekstil menerusi bentuk pemeliharaan dan pemuliharaan yang sesuai untuk diaplikasikan ke atas Busana Tradisional Minangkabau Bundo Kanduang. Objektif utama penyelidikan ini adalah mengenalpasti bentuk pengurusan yang sesuai di dalam konteks memelihara Busana Tradisional Minangkabau Bundo Kanduang dan meneliti bentuk pemeliharaan dan pemuliharaan yang dijalankan ke atas koleksi Busana Tradisonal Minangkabau Bundo Kanduang di Muzium Adat, Jelebu, Negeri Sembilan. Dalam penyelidikan ini, kaedah Kualitatif digunakan yang mana kutipan data diperolehi melalui kaedah temubual (kajian lapangan) seramai 4 orang informan, data premier, rakaman audio visual dan juga data sekunder. Melalui penyelidikan, dapat dikenal pasti bentuk pengurusan yang sesuai di dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan Busana Tradisional Minangkabau Bundo Kanduang untuk terus dipelihara dan diguna pakai pada masa
akan datang. |
---|