Pemuliharaan bangunan warisan: satu tinjauan ke atas bangunan Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang / Muhamad Amirul Hafiz Zulkifli
Pemuliharaan dan pemeliharaan merupakan salah satu proses dimana untuk memanjangkan hayat bangunan supaya ia boleh terus kekal untuk generasi akan datang. Mengikut statistik Inventori Bangunan Warisan Malaysia pada tahun 1992 sehingga 1993 yang dikeluarkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti sebanyak...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Film, Theatre and Animation
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15935/1/PPb_MUHAMAD%20AMIRUL%20HAFIZ%20ZULKIFLI%20FF%2015_5.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15935/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pemuliharaan dan pemeliharaan merupakan salah satu proses dimana untuk memanjangkan hayat bangunan supaya ia boleh terus kekal untuk generasi akan datang. Mengikut statistik Inventori Bangunan Warisan Malaysia pada tahun 1992 sehingga 1993 yang dikeluarkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti sebanyak 20,876 bangunan sebelum perang yang masih ditahap keasliannya sebaliknya ia berhadapan dengan tekanan dan ancaman corak kehidupan serta iklim setempat. Menyedari daripada inventori di atas diperjelaskan bahawa pemuliharaan dan pemeliharaan mempunyai kepentingan. Oleh itu, penyelidikan ini akan mengetengahkan pengaplikasian penggunaan Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan (2012) pada Bangunan Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Maka instrumen buku kod dan kajian lapangan telah dilakukan serta dianalisis untuk melihat pengurusan Muzium Sultan Abu Bakar mengaplikasikan Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan (2012). Didapati bahawa pengurusan Muzium Sultan Abu Bakar mengaplikasikannya dengan dinamik malah memperkenalkan konsep muziumnya iaitu ‘Muzium Taman di Dalam Bandar Bertaman’. Dengan penyelidikan ini keaslian bangunan warisan dapat membantu mengekalkan corak rupa bandar yang ada pada bandar-bandar di Malaysia sebagai satu nilai budaya yang tidak mungkin dapat diganti lagi dan menjamin kesinambungan nilai budaya serta tradisi sesebuah bandar. |
---|