Blue ocean strategy (BOS): kajian terhadap syarikat produksi filem di Malaysia / Mohamad Basrie Mohamad

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pendekatan Strategi Lautan Biru dalam membangunkan syarikat produksi filem di Malaysia. Kebanyakkan syarikat telah terikat dengan Strategi Lautan Merah serta mengaplikasikanya dalam syarikat mereka. Dalam Strategi Lautan Merah, mereka bersaing untuk menjadi pemim...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad, Mohamad Basrie
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2015
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15927/1/PPb_MOHAMAD%20BASRIE%20MOHAMAD%20FF%2015_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15927/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pendekatan Strategi Lautan Biru dalam membangunkan syarikat produksi filem di Malaysia. Kebanyakkan syarikat telah terikat dengan Strategi Lautan Merah serta mengaplikasikanya dalam syarikat mereka. Dalam Strategi Lautan Merah, mereka bersaing untuk menjadi pemimpin pasaran. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut menghadapi cabaran utama dimana mereka tidak mempunyai ketidakupayaan dalam mewujudkan permintaan baru atau mengembangkan bahagian pasaran mereka. Strategi Lautan Biru menawarkan pengguna satu rangka kerja bagi mewujudkan ruang pasaran tanpa bertanding dan menukar tumpuan persaingan semasa kepada penciptaan nilai inovatif dan permintaan. Nilai inovasi mencipta satu anjakan yang kuat kepada kedua-dua syarikat serta pelanggan dalam menjadikan pesaingan yang sedia ada mampu mewujudkan serta menguasai pasaran baru & permintaan. Strategi lautan biru menyediakan pendekatan yang sistematik untuk membuat persaingan tidak relevan. Kajian kes ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan protokol pemerhatian, temu bual serta penelitian dokumen. Terdapat enam prinsip Lautan Biru iaitu prinsip membina semula sempadan sasaran, memberi tumpuan secara menyeluruh, melangkaui permintaan sedia ada, mendapatkan strategi yang tepat, mengatasi rintangan organisasi dan membina perancangan dalam strategi. Empat Strategi Lautan Biru pula adalah strategi mengurang, menghapus, mewujud dan menambah. Dapatan kajian mendapati syarikat produksi filem telah menggunakan orientasi kepimpinan, Lautan Biru, proses penciptaan pengetahuan dan nilai inovasi dalam syarikat produksi mereka.