Sikap masyarakat terhadap teromba / Sri Qamariah Mohd Samsir

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis sikap ketua adat dan anggota masyarakat terhadap teromba di kampung Baru Ayer Hitam, Negeri Sembilan. Sebanyak 70 set borang soal selidik diedarkan kepada responden yang terdiri daripada penduduk kampung yang berumur 20 tahun dan ke atas. Si...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Samsir, Sri Qamariah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15550/1/TM_SRI%20QAMARIAH%20MOHD%20SAMSIR%20%2013_5.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15550/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis sikap ketua adat dan anggota masyarakat terhadap teromba di kampung Baru Ayer Hitam, Negeri Sembilan. Sebanyak 70 set borang soal selidik diedarkan kepada responden yang terdiri daripada penduduk kampung yang berumur 20 tahun dan ke atas. Sikap dianalisis berdasarkan penjadualan bersilang dengan angkubah taraf sosial, jantina, umur, tahap pendidikan, pekerjaan dan suku. Empat faktor sikap yang terlibat adalah nilai, minat, persepsi dan keberterusan warisan. Hasil dapatan kajian mendapati kesemua ketua adat bersikap positif terhadap teromba. Ini kerana mereka adalah golongan yang sangat dekat dengan teromba. Manakala majoriti anggota masyarakat juga bersikap positif. Hal ini kerana persepsi mereka terhadap teromba juga positif. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir anggota masyarakat yang bersikap negatif terhadap teromba. Ini kerana mereka tidak memahami teromba, merasakan teromba sesuatu yang leceh dan membebankan serta tiada minat. Sikap positif orang yang paling dekat dengan teromba iaitu ketua adat menunjukkan bahawa teromba masih berperanan dalam ritual masyarakat Adat Perpatih. Walau bagaimanapun, ia perlu dipupuk dalam kalangan anggota masyarakat terutamanya golongan muda sebagai pewaris. Jika tidak dipupuk dikhuatiri ia akan hilang ditelan zaman. Selain daripada itu, sikap negatif masyarakat juga boleh menyumbang kepada kepupusan khazanah ini.