Projek teater Semerbak: Teknik latihan Tadashi Suzuki dalam proses latihan fizikal dan penafasan seorang pelakon / Mohd Hairul Izwan Jamil

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mengaplikasi kaedah latihan dari Tadashi Suzuki dalam menekankan stamina teknik latihan fizikal dan penafasan yang dilakukan serentak dalam latihan beliau. Kajian ini juga mengkaji konsep kebenaran serta kejujuran melalui kaedah lakonan oleh pelakon. Sete...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamil, Mohd Hairul Izwan
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2014
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15123/1/PPb_MOHD%20HAIRUL%20IZWAN%20JAMIL%20FF%2014_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15123/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mengaplikasi kaedah latihan dari Tadashi Suzuki dalam menekankan stamina teknik latihan fizikal dan penafasan yang dilakukan serentak dalam latihan beliau. Kajian ini juga mengkaji konsep kebenaran serta kejujuran melalui kaedah lakonan oleh pelakon. Seterusnya, mengimplementasi dan mempraktikkan Suzuki Method dalam persediaan pengkaji membawakan lakonan dalam latihan teater Semerbak. Teater Semerbak merupakan sebuah naskah yang sangat mencabar kebolehan serta keupayaan para pelakon di dalam melakonkan watak-watak yang terlibat sepanjang sesuatu pementasan namun pencampuradukkan pelbagai teknik lakonan mampu untuk menjayakan sesebuah bentuk lakonan yang mantap. Menerusi kaedah latihan Tadashi Suzuki ini, pengkaji ingin melakukan sebuah kajian latihan yang hanya menggunakan asas teknik latihan fizikal dan penafasan semasa latihan dan akan membuktikan sejauh mana penggunaan teknik ini mampu untuk membentuk stamina yang baik sekaligus melihat keberkesanan teknik latihan Tadashi Suzuki untuk digunapakai