The attributes of the digital natives in a Malaysian public university / Nadia Syazana Abdulah

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri digital natives Malaysia di sebuah universiti awam di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sifat-sifat digital natives dengan strategi pembelajaran bahasa dan implikasi pedagogi di dalam kelas bahasa. Seramai 150 orang pelajar d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdulah, Nadia Syazana
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Education 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14005/2/14005.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14005/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri digital natives Malaysia di sebuah universiti awam di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sifat-sifat digital natives dengan strategi pembelajaran bahasa dan implikasi pedagogi di dalam kelas bahasa. Seramai 150 orang pelajar daripada pelbagai kursus dari Fakulti Pendidikan UiTM Shah Alam telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian secara soal selidik telah digunakan. Kajian soal selidik ini mengambil kira sifat-sifat digital natives, strategi pembelajaran bahasa mereka serta implikasi pedagogi di dalam kelas pembelajaran bahasa. Keputusan kajian menunjukkan bahawa digital natives di Malaysia mempunyai sifat yang sama seperti yang dilaporkan di dalam laporan-laporan terdahulu seperti mahir menggunakan pelbagai platform teknologi, penggunaan Internet secara aktif, mempunyai tempoh tumpuan yang pendek, cenderung membuat dua kerja dalam satu masa, cenderung kepada aktiviti yang individualistik dan interaktif, cenderung terhadap aktiviti berkumpulan dan teman sebaya, cenderung membaca secara ringkas, dan cenderung memilih teks pendek dengan kadar pertukaran maklumat yang tinggi. Sifat-sifat ini juga telah mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa mereka seperti tidak menyukai kuliah yang panjang, cenderung melayari laman yang interaktif, tidak menyukai aktiviti berulang, dan cenderung untuk melakukan pembacaan ringkas. Keputusan kajian juga menunjukkan yang kelas ideal untuk digital natives patut memikirkan pembelajaran berfokuskan kepada pelajar, pembelajaran berdikari, tempoh kuliah, pendekatan penglibatan-aktif, waktu rehat, maklumbalas, dan penggunaan teknologi.