e-Buletin Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) : Jilid 2, April 2021

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat mengeluarkan penerbitan e-buletin PPT edisi yang kedua. Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya dalam mencoretkan sepatah dua kata dalam buletin PPT edisi ini. Dengan rahmat dan berkatNya juga kita dapat merealisa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: UiTM, Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi
Format: Monograph
Language:English
Published: Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13138/2/Bulletin%20PPT%202.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13138/
https://pppt.uitm.edu.my/index.php/ms/program-akademik/penerbitan-penyelidikan/e-buletin
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat mengeluarkan penerbitan e-buletin PPT edisi yang kedua. Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya dalam mencoretkan sepatah dua kata dalam buletin PPT edisi ini. Dengan rahmat dan berkatNya juga kita dapat merealisasikan pelbagai program PPT yang bermula pada akhir tahun 2020 sehingga ke pertengahan tahun 2021. Di saat negara kita sedang dilanda pandemik covid-19, ianya adalah satu kejayaan bagi kita kerana dapat melaksanakan aktiviti dan program PPT dengan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan buletin yang sungguh istimewa ini. Segala peristiwa dan kenangan sepanjang tahun ini dapat dirakamkan dan menjadi sumber rujukan dalam sejarah PPT. Saya percaya komitmen yang tinggi dan kerjasama padu daripada warga PPT telah menatijahkan penerbitan buletin ini yang dapat kita tatapi. Saat pandemik covid-19 ini telah memberikan impak yang besar kepada pelajar-pelajar PPT terutama pelajar daripada keluarga B40. Sehubungan dengan itu, koordinator PPT di semua kampus-kampus UiTM telah mengambil pelbagai langkah yang proaktif dalam membantu meringankan beban pelajar yang terkesan antaranya sumbangan bantuan wang tunai, telefon bimbit, kredit telefon bimbit, komputer riba, komputer riba, agihan makanan food bank, motivasi belajar dan lain-lain lagi .