Perutusan Sempena Tahun 2005 / Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah

Selamat Datang, dan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan. Tahun ini - 2005- adalah tahun kelima saya sebagai Naib Canselor. Sepanjang empat tahun yang lepas, sejak saya di sini sebagai Naib Canselor, iaitu dari 2001 hingga 2004, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan dan perubahan y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Shah, Ibrahim
Format: Book
Language:English
Published: Jabatan Komunikasi Korporat & Perhubungan Antarabangsa 2005
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12797/1/B_PERUTUSAN%20TAHUN%20BARU%2005.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12797/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Selamat Datang, dan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan. Tahun ini - 2005- adalah tahun kelima saya sebagai Naib Canselor. Sepanjang empat tahun yang lepas, sejak saya di sini sebagai Naib Canselor, iaitu dari 2001 hingga 2004, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan dan perubahan yang kita usahakan. AlhamduliLlah, saya bersyukur. Sepanjang empat tahun itu, saya telah menggambarkan impian dan wawasan saya untuk kita kongsi bersama. Saya yakin semua impian dan wawasan itu tidak jauh daripada jangkauan dan kejayaan kita. Tahun 2001, menyaksikan usaha kita memantapkan universiti. Melalui 21 Strategi Pengukuhan Universiti Teknologi MARA Abad 21, UiTM mengorak langkah untuk mengukir keyakinan semua warganya dalam mernikul tanggungjawab besar untuk membangun pendidikan dan sosioekonomi Bumiputera pada abad ke 21. Matlamat UiTM ialah untuk menjadikan universiti ini sebagai universiti yang terbaik, mampu dan berupaya menyumbang ilmu pengetahuan melalui paduan teknologi dan pendekatan terbaru yang melampaui pemikiran-pemikiran konvensional. Sejak 2001, usaha penstrukturan UiTM dilaksanakan dengan giat secara berperingkat. Berkaitan itu, tahun 2006 diletakkan sebagai sasaran menjadikan universiti kita ini sebagai "World Class University".