Perbandingan Melayu Ayutthaya dan Pattani dalam domain bahasa, budaya, pendidikan dan politik / Prof Madya Dr Muhammad Rozi Malim … [et al.]

Masyarakat Islam Ayutthaya dan Pattani adalah dua minoriti Melayu Thailand yang berbeza. Melayu Ayutthaya telah lama dilupakan manakala Melayu Pattani tetap kukuh kerana mereka majoriti di Wilayah Pattani. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai dan membandingkan tahap pencapaian dua minor...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Malim, Muhammad Rozi, Shahibi, Mohd Sazili, Wahab, Samsudin, Abdullah, Hasan, Osman, Fairul Nazmie, Sidek, Abdul Halim
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) 2013
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12592/1/PRO_MUHAMMAD%20ROZI%20MALIM%20IMP%2013.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12592/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Islam Ayutthaya dan Pattani adalah dua minoriti Melayu Thailand yang berbeza. Melayu Ayutthaya telah lama dilupakan manakala Melayu Pattani tetap kukuh kerana mereka majoriti di Wilayah Pattani. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai dan membandingkan tahap pencapaian dua minoriti ini dalam domain bahasa, budaya, pendidikan dan politik. Hasilan kajian menunjukkan Melayu Pattani jauh lebih baik berbanding Ayutthaya dalam semua domain. Masyarakat Islam Ayutthaya telah hilang keMelayuannya, tiada lagi bahasa dan budaya. Pengalaman Ayutthaya memberikan peringatan kepada Melayu Malaysia agar sentiasa memperkasakan bahasa, budaya dan agama supaya identiti Melayu kekal kukuh. Melayu Pattani pula masih bertahan dengan bahasa dan budayanya. Islamnya tetap kukuh dan mampu mengekalkan kegemilangannya sebagai pusat pendidikan Islam di Asia Tenggara. Penglibatan dalam politik setempat adalah baik tetapi lebih memihak kepada parti pemerintah. Pengalaman Pattani membuktikan ‘majoriti’ tiada makna jika Melayu hilang kuasa. Apa yang berlaku di Ayutthaya dan Pattani perlu dijadikan iktibar oleh Melayu Malaysia agar sentiasa bersatu demi kuasa, agama dan bangsa.