Pembangunan Bandar Baru Kerteh : kajian perbandingan peningkatan taraf hidup penduduk tempatan dari aspek sosial dan ekonomi / Basir Hamid

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat dengan cara perbandingan peningkatan taraf hidup penduduk tempatan dan juga untuk mengetahui sejauh mana perubahan taraf hidup telah berlaku kepada penduduk tempatan hasil dari pembangunan Bandar Baru Kerteh. Perubahan taraf hidup tersebut di kaji dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Basir, Hamid
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning & Surveying 1995
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1240/1/PP_BASIR%20HAMID%2095_5%201.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1240/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat dengan cara perbandingan peningkatan taraf hidup penduduk tempatan dan juga untuk mengetahui sejauh mana perubahan taraf hidup telah berlaku kepada penduduk tempatan hasil dari pembangunan Bandar Baru Kerteh. Perubahan taraf hidup tersebut di kaji dalam aspek sosial dan juga ekonomi selaras dengan matlamat kajian ini. Segala aspek tersebut disentuh dalam kajian teoritikal berkisar dalam ruang lingkup dan ciri - ciri pembangunan dalam konteks ruang - ruang tersebut. Penilaian utama adalah di dalam aspek sosio ekonomi penduduk tempatan seperti pendapatan, pekerjaan, perbelanjaan, pemilikan harta dan sebagainya. Manakala aspek sosial pula akan menyentuh mengenai kemudahan - kemudahan kemasyarakatan yang telah disediakan dan persepsi penduduk mengenainya serta kegiatan - kegiatan yang dilakukan oleh penduduk tempatan dalam aspek persatuan dan perkumpulan serta pandangan dan cara kehidupan mereka. Dari kajian analisa pula didedahkan dengan penemuan - penemuan dan rumusan setiap aspek yang dikaji. Penentuan terhadap isu - isu diberi perhatian supaya segala cadangan selanjutnya akan dapat merubah situasi dan kesan yang lebih baik kepada penduduk tempatan dalam meningkatkan tarafhidup mereka. Akhir sekali rumusan dan kesimpulan dibuat adalah lebih mirip kepada cadangan tersebut demi mencapai matlamat kajian ini.