Penilaian tingkah laku taklinear menggunakan kaedah empirik / Norazan Mohamed Ramli and Habshah Midi

Dalam kertas ini, satu set data yang mewakilipurata berat (dalam gram) daun tembakau kering sepokok untukjangkamasa seminggu yang diukur dari minggu pertama hingga ke minggu ke tiga belas, dimodelkan menggunakan beberapa model taklinear seperti model Gompertz, model Logistic, model Richards, model T...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Ramli, Norazan, Midi, Habshah
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif 2001
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11642/1/AJ_NORAZAN%20MOHAMED%20RAMLI%20JTMSK%2001%201.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11642/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam kertas ini, satu set data yang mewakilipurata berat (dalam gram) daun tembakau kering sepokok untukjangkamasa seminggu yang diukur dari minggu pertama hingga ke minggu ke tiga belas, dimodelkan menggunakan beberapa model taklinear seperti model Gompertz, model Logistic, model Richards, model Taburan Weibull dan model Morgan-Mercer-Flodin. Walau bagaimanapun, hanya model Gompertz dan model Logistic terpilih untuk mewakili data ini kerana tingkahlakunya yang lebih hampir kepada tingkahlaku model linear, yang mana penganggarnya tidak pincang, mengikut taburan normal dan mempunyai had varian yang minima. Tingkahlaku taklinear dalam sesuatu model dinilai menggunakan satu kaedah empirik iaitu melalui kajian simulasi. Kajian inijuga dapat mendedahkan sejauh mana sifat taklinear sesuatu penganggar dan memberi cadangan berguna untuk proses membaikpulih penganggar yang bersifat taklinear. Didapati bahawa kedua-dua fungsi model Gompertz dan Logistic yang telah diparameterkan semula adalah setanding dan hampir kepada tingkahlaku model linear. Walau bagaimanapun, model Logistic yang telah dibaikpulih telah dipilih kerana nilai purata sukatan kelengkungannya adalah lebih rendah.