Kajian pembangunan Felda : pencapaian FELDA dalam meninggikan taraf sosio ekonomi peneroka-peneroka di skim rancangan FELDA / Ahmad Sharifuddin Abdul Ghani

Fenomena yang dihadapi oleh para peneroka FELDA akhir-akhir ini adalah berhubung dengan struktur pendapatan mereka.. Hal ini amat ketara melanda golongan peneroka bukan sahaja di peringkat negeri malah meliputi peneroka di seluruh negara. Seterusnya menjejaskan pola dan taraf sosio ekonomi mer...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Sharifuddin, Abdul Ghani
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning & Surveying 1992
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1161/1/PP_AHMAD%20SHARIFUDDIN%20ABDUL%20GHANI%2092_5%201.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1161/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fenomena yang dihadapi oleh para peneroka FELDA akhir-akhir ini adalah berhubung dengan struktur pendapatan mereka.. Hal ini amat ketara melanda golongan peneroka bukan sahaja di peringkat negeri malah meliputi peneroka di seluruh negara. Seterusnya menjejaskan pola dan taraf sosio ekonomi mereka. FELDA yang dipertanggungjawabkan dalam menangani permasalahan ini mula mengakui hakikat bahawa taraf sosio ekonomi peneroka masih berbeza berbanding sebagaimana yang mereka kecapi pada ketika awal 1980an lalu. Adakah FELDA telah gagal dan kian tidak berupaya mengatasi masalah tersebut? Kerapkali tersiar di media massa akan bentuk keluhan, tidak puashati, kesusahan dan kesengsaraan bagi golongan peneroka yang masih lagi terperangkap dengan masalah pendapatan yang kian tidak stabil, sedangkan kos kehidupan kian meningkat. Hal ini jelas membebankan kehidupan mereka. Dan jika benar dakwaan tersebut, adalah wajar dan perlu FELDA mengambil iktibar dan daya usaha yang lebih positif ke arah memperbaiki sosio ekonomi peneroka agar objektif FELDA tetap akan tercapai sebagaimana yang telah FELDA gariskan di dalam dasar-dasar mereka. Melalui kajian ini adalah diharapkan FELDA dapat mengambil . satu pendekatan baru yang lebih berkesan dan padu bagi menjamin objektif FELDA dan kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam konteks yang lebih bersungguh-sungguh seterusnya masalah ketidakseimbangan sosio ekonomi peneroka FELDA di skim-skim rancangan dapat diatasi segera.