Setinggan: masalah dan pemilihan rumah dalam proses penempatan semula / Abdul Ghaffar Yusop … [et al.]
Kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk meninggikan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah. Diantara berbagai-bagai usaha kerajaan itu adalah untuk menyediakan perumahan yang selesa dan mampu dimiliki oleb golongan ini , untuk menuju matlamat setiap keluarga akan memiliki sebuah...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Administrative Science and Policy Studies
1988
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1114/6/1114.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1114/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk meninggikan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah. Diantara berbagai-bagai usaha kerajaan itu adalah untuk menyediakan perumahan yang selesa dan mampu dimiliki oleb golongan ini , untuk menuju matlamat setiap keluarga akan memiliki sebuah rumah. Kawasan setinggan adalah merupakan kawasan perumahan yang tidak teratur . Rumah-rumah yang didirikan tidak tersusun dan tidak terdapat segala kemudahan infrastruktur atau pun terlalu sedikit. Biasanya kawasan setinggan adalah berhampiran dengan bandar-bandar besar . Kerajaan menghadapi masalah yang agak besar mengenai setinggan ini . Oleh itu kerajaan telah, sedang dan akan terus berusaha untuk menempatkan semula penduduk-penduduk setinggan kekawasan perumahan yang lebih teratur dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur. Pada umumnya penduduk-penduduk setinggan adalah terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah walaupun tidak dapat dinafikan terdapat juga dikalangan mereka yang mempunyai pendapatan yang lumayan. Justeru itu kerajaan telah merancang dan melaksanakan berbagai-bagai projek petempatan yang sesuai dan selesa . Diantara projek-projek itu termasuklah projek kampung tersusun, rumah-rumah teres kos rendah dan rumah-rumah pangsa berharga rendah sejajar dengan pendapatan dan kemampuan mereka . Melalui kertas projek ini , kami akan cuba menerangkan peranan agensi-agensi yang terlibat dalam penyediaan petempatan untuk penduduk setinggan disamping mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh agensi-agensi tersebut dan sambutan dari pihak penduduk-penduduk setinggan sendiri. Seterusnya kami melalui kajian ini akan cuba mendapatkan maklum balas dari penduduk-penduduk setinggan tentang projek-projek kerajaan dan cuba mengkaji diantara rumah teres dan pangsa kos rendah, yang mana menjadi pilihan mereka berserta sebab-sebab. Dengan ini kami berharap agensi-agensi yang terlibat dapat menggunakan sedikit sebanyak kajian ini sebagai panduan untuk menjalankan projek perumahan dimasa akan datang. |
---|