Live@PTAR segmen Bicara Buku: asal usul Melayu: induknya di Benua Sunda, 20 Ogos 2021 / Noor Azureen Abd Aziz

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dengan kerjasama Pejabat Kursi lnstitusi Raja-Raja Melayu (KIRRM) UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-64 secara langsung dalam segmen Bicara Buku dengan tajuknya Asal Usul Melayu: lnduknya Di Ben...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Aziz, Noor Azureen
Format: Monograph
Language:English
Published: Perpustakaan Tun Abdul Razak 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/110823/1/110823.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/110823/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dengan kerjasama Pejabat Kursi lnstitusi Raja-Raja Melayu (KIRRM) UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-64 secara langsung dalam segmen Bicara Buku dengan tajuknya Asal Usul Melayu: lnduknya Di Benua Sunda. Program ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. lsmarani Ismail, Felo di Kursi lnstitusi Raja-Raja Melayu (KIRRMJ UiTM Shah Alam bersama panel jemputan Pn. Zaharah Sulaiman pada 20 Ogos 2021 jam 10 pagi. Program ini telah dimulakan dengan memperkenalkan latar belakang panel jemputan Pn. Zaharah Sulaiman yang merupakan penyelidik, pengkaji, penulis dan penceramah Sejarah lkatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAMM) & Sejarah Tamadun Alam Melayu dan juga mempunyai pengalaman sebagai pengkaji serta penulis sejarah selama 30 tahun. Sesi perkongsian diteruskan dengan pengenalan kepada buku yang bertajuk Asal Usul Melayu: lnduknya Di Benua Sunda. Panel jemputan berkongsi tentang kewujudan asal-usul Melayu yang bermula pembentukkannya di Benua Melayu Sunda (Sundaland). Nama 'Sundaland' untuk Semenanjung Plantar di Asia Tenggara digubah oleh Reinout Willem van Bemmelen di dalam bukunya Geography of Indonesia pada 1949 yang berpandukan penyelidikan beliau semasa peperangan di rantau ini. Reinout Willem van Bemmelen juga merupakan seorang penulis sejarah dan pembuat geografi tentang Indonesia pada tahun 1949.