Kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga ACIS UiTM Cawangan Pulau Pinang / Zaiton Din

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Jamuan Aidilfitri ACIS UiTMCPP 1444H. Program Jamuan Aidilfitri telah dihadiri oleh kesemua staf akademik ACIS bersama ahli keluarga masing-masing. Majlis yang bermula pada jam 8 malam itu diserikan dengan kehadiran rakan-rakan pensyarah ACIS yang tela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Din, Zaiton
Format: Monograph
Language:English
Published: Unit Penerbitan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108220/1/108220.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108220/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Jamuan Aidilfitri ACIS UiTMCPP 1444H. Program Jamuan Aidilfitri telah dihadiri oleh kesemua staf akademik ACIS bersama ahli keluarga masing-masing. Majlis yang bermula pada jam 8 malam itu diserikan dengan kehadiran rakan-rakan pensyarah ACIS yang telah berpencen bersama keluarga mereka. Antara yang hadir adalah al-Fadhil Ustaz Sofwan Hasbullah, Ustaz Zulfikri Mohd Zain, serta Ustazah Norhasidah Abu Bakar. Hidangan Istimewa tradisi Hari Raya seperti lemang, ketupat, rendang, sate dan pelbagai kuih-muih serta biskut raya yang menjadi pilihan ramai turut memeriahkan suasana. Kemeriahan turut dirasai dengan dekorasi menarik di seluruh ruang legar pejabat ACIS hasil sentuhan AJK dekorasi Ustazah Zaiton Din, Ustazah Habibah Ayob dan Ustazah Dr. Shahirah Said yang telah bertungkus lumus menyiapkan dekorasi sambutan lebaran.