Kemuliaan Al-Quran / Najwa Alyaa Abd Wakil
Al-Quran adalah merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril a. s. Peringkat bagi penurunan al-Quran terbahagi kepada tiga: Peringkat pertama daripada Allah S.W.T. kemudian turun ke Loh Mahfuz secara sekaligus. Peringkat kedua ialah daripada L...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Unit Penerbitan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108161/1/108161.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108161/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Al-Quran adalah merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril a. s. Peringkat bagi penurunan al-Quran terbahagi kepada tiga: Peringkat pertama daripada Allah S.W.T. kemudian turun ke Loh Mahfuz secara sekaligus. Peringkat kedua ialah daripada Loh Mahfuz ke Baitul Izzah secara sekaligus pada malam Lailatul Qadar. Hal ini bertepatan dalam firman Allah: (Surah al-Qadr: 1) yang bermaksud, sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Peringkat ketiga ialah daripada Baitul Izzah kepada Rasulullah S.A.W. selama 23 tahun secara berperingkat iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah (Yusoff, 2020). Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. adalah surah al-‘Alaq iaitu pada 17 Ramadhan. Justeru itu, proses penurunan al-Quran adalah merupakan salah satu bukti yang menunjukkan bahawa al-Quran adalah wahyu yang datangnya daripada Allah S.W.T. dan bukannya daripada manusia. Menurut Kamri (2021), al-Quran dipercayai diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun, bermula pada tahun 610 Masihi sehingga 632 Masihi. Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW adalah di Gua Hira’, yang terletak di Jabal Nur, Mekah. |
---|