Program pelupusan Al-Quran dan buku- buku agama sambil berinfaq / Muhammad Anas Ibrahim
Program pelupusan Al- Quran dan buku-buku agama sambil berinfaq yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTMCPP dijalankan pada 6 hingga 11 April 2023 adalah satu inisiatif penting yang bertujuan untuk memastikan bahawa naskhah-naskhah Al- Quran yang telah rosak, usang, ata...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Unit Penerbitan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108142/1/108142.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108142/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Program pelupusan Al- Quran dan buku-buku agama sambil berinfaq yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTMCPP dijalankan pada 6 hingga 11 April 2023 adalah satu inisiatif penting yang bertujuan untuk memastikan bahawa naskhah-naskhah Al- Quran yang telah rosak, usang, atau tidak lagi boleh digunakan dilupuskan dengan cara yang betul dan penuh penghormatan, sejajar dengan tuntutan syariah Islam. Tujuan utama program ini adalah untuk menguruskan pelupusan naskhah Al- Quran dan bahan-bahan Islamik lain yang tidak lagi boleh digunakan. Mengikut ajaran Islam, adalah haram membuang Al-Quran ke dalam tong sampah atau membiarkan ia rosak tanpa dipelihara. Oleh itu, ACIS menganjurkan program ini untuk menyediakan platform kepada masyarakat supaya mereka dapat menyerahkan naskhah-naskhah yang rosak untuk dilupuskan secara syariah. Dalam program ini, ACIS mengumpul naskhahnaskhah Al-Quran dari pelbagai sumber, termasuk sumbangan daripada individu, masjid, sekolah, dan institusiinstitusi lain. Naskhah-naskhah ini biasanya telah rosak, pudar, atau tidak lagi boleh digunakan untuk tujuan pembacaan dan ibadah. |
---|