Peranan media massa dalam pembangunan modal insan: kajian kes di kalangan pelajar FKPM UiTM Melaka / Aini Faezah Ramlan and Siti Hajar Abd Aziz

Media massa mempunyai pelbagai peranan yang besar dalam pembangunan sesebuah Negara. Pembangunan ini tidak boleh dilihat dari aspek pembangunan fizikal semata-mata tetapi pembangunan modal insan harus juga dilihat sebagai satu agenda penting negara untuk menjamin kemajuan sesebuah negara dalam pel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ramlan, Aini Faezah, Abd Aziz, Siti Hajar
Format: Research Reports
Language:English
Published: Research Management Institute (RMI) 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/10711/2/10711.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/10711/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Media massa mempunyai pelbagai peranan yang besar dalam pembangunan sesebuah Negara. Pembangunan ini tidak boleh dilihat dari aspek pembangunan fizikal semata-mata tetapi pembangunan modal insan harus juga dilihat sebagai satu agenda penting negara untuk menjamin kemajuan sesebuah negara dalam pelbagai aspek termasuk di dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan. Hasrat untuk melahirkan dan membangunkan modal insan berhadapan dengan cabaran budaya hedonisme dan budaya popular terutamanya di kalangan remaja yang dibawa oleh media massa. Kesan dan pengaruh media massa terhadap khalayak telah lama hangat diperkatakan dan dibincangkan oleh para ilmuan dan ulama. Fenomena penjajahan budaya yang disebut sebagai ‘cultural imperialisme’ sangat ketara diamalkan oleh golongan remaja menerusi cara pergaulan, pakaian, hiburan dan aktiviti seharian. Peranan media massa yang utama sebagai sumber maklumat telah disalahgunakan untuk mendapatkan hiburan semata-mata. Penyelidikan ini bertujuan meninjau peranan media massa dalam usaha pembangunan modal insan, di samping menganalisa tahap penggunaan media di kalangan remaja. Dapatan daripada kajian ini diharap dapat membantu pengamal media dalam merangka kandungan media yang sesuai untuk pembangunan umat sejagat.