JSKM @ Upcycle Plogging 2024 / Mawardi Omar

A Upcycle Park, Bandar Perda Bukit Mertajam, Pulau Pinang, merupakan taman awam yang baru diwujudkan dengan konsep kitar semula dan mesra alam. Namun, keindahan taman ini sedikit terjejas akibat sampah yang dibuang oleh pengunjung. Oleh itu, Unit 5S Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), UiTM...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Omar, Mawardi
Format: Monograph
Language:English
Published: Unit Penerbitan e-Buletin JSKM 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106592/1/106592.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/106592/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:A Upcycle Park, Bandar Perda Bukit Mertajam, Pulau Pinang, merupakan taman awam yang baru diwujudkan dengan konsep kitar semula dan mesra alam. Namun, keindahan taman ini sedikit terjejas akibat sampah yang dibuang oleh pengunjung. Oleh itu, Unit 5S Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang, telah menganjurkan program JSKM @ Upcycle Plogging pada 19 April 2024 sebagai usaha untuk membersihkan taman dan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan alam sekitar. Program plogging melibatkan 19 orang staf JSKM. Aktiviti bermula dengan sarapan ringan pada jam 8.30 pagi, diikuti dengan taklimat ringkas tentang plogging dan keselamatan. Para peserta kemudian bergerak secara berkumpulan dan dibekalkan dengan beg sampah dan sarung tangan. Aktiviti plogging bermula pada jam 9 pagi dan berlangsung anggaran sekitar satu jam. Para peserta berlari atau berjalan sambil mengutip sampah di sepanjang laluan taman. Jenis sampah yang dikumpulkan termasuk plastik, kertas, botol minuman, dan sisa makanan. Sekitar 7 beg sampah telah Berjaya dikumpulkan dan diletakkan pada tong sampah besar yang disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).