Teks ucapan perasmian Bertam Beraya: meriahnya Aidilfitri / Profesor Ir. Dr Ahmad Rashidy Razali

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Salam Malaysia Madani 1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang ada di sini. Sesungguhnya, saya secara peribadi ingin menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Penolong Rektor Kampus Bertam, Enc...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Razali, Ahmad Rashidy
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105712/1/105712.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105712/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Salam Malaysia Madani 1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang ada di sini. Sesungguhnya, saya secara peribadi ingin menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Penolong Rektor Kampus Bertam, Encik Amir Heberd Abdullah dan semua warga Kampus Bertam kerana menjemput saya ke Majlis Bertam Beraya : Meriahnya Aidilfitri. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga saya mengalu-alukan kehadiran para tetamu istimewa UiTM Cawangan Pulau Pinang yang terdiri daripada rakan-rakan strategik dan rakan industri yang senantiasa menyokong pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan. Terima kasih semua. Hadirin sekalian, 2. Aidil fitri juga adalah saat di mana kita harus melapangkan dada serta fikiran bermaaf-maafan sesama sendiri. Andai tersilap bicara, terkasar bahasa, hulurkan lah kedua belah tangan dengan penuh keikhlasan memohon ampun dan maaf baik di kalangan ahli keluarga sendiri, sahabat, teman, rakan sepejabat, jiran tetangga tanpa mengenal usia. Murnikan lah bulan syawal ini dengan saling bermaaf-maafan bagi menggukuhkan dan mempereratkan lagi tali silaturrahim kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Seperti mana bait-bait pepatah inggeris, let’s us forgives and forget. 3. Adalah menjadi harapan saya dengan adanya majlis seperti ini, ianya dapat mewujudkan satu semangat muhibah dan harmoni di antara warga kampus Bertam khasnya.