Teks ucapan sempena Keluarga Bertam: Raikan Bersama / Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy Razali

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Salam Malaysia Madani 1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasaNya, dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari yang penuh kesyukuran ini untuk sama-sama memeriahkan Majlis “Keluarga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Razali, Ahmad Rashidy
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105705/1/105705.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105705/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Salam Malaysia Madani 1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasaNya, dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari yang penuh kesyukuran ini untuk sama-sama memeriahkan Majlis “Keluarga Bertam: Raikan Bersama” 2024. 2. Saya bagi pihak pengurusan UiTM Cawangan Pulau Pinang, ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tetamu jemputan kerana sudi meluangkan masa bersama kami untuk menghadirkan diri ke majlis ini dengan penuh rasa muhibbah, dalam suasana mesra dan terbuka. Para hadirin yang dikasihi sekalian. 3. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang hadir, terutamanya kepada warga Kampus Bertam. Adalah menjadi harapan saya agar majlis pada pagi ini akan memberi peluang kepada semua warga Kampus Bertam serta tetamu yang hadir untuk merapatkan silaturrahim sambil menikmati juadah yang disediakan. Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan juga mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.