Teks ucapan bersempena “Malam Kebudayaan Antarabangsa dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Fakulti Sains Kesihtan, UiTM Caw Pulau Pinang Kampus Bertam bersama Universitas Airlangga dan Universitas Muhamadiyah Malang, Indonesia” / Amir Heberd Abdullah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Salam Malaysia Madani Salam Nusantara, 1. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dan perkenan Allah S.W.T., saya berbesar hati berada di sini malam ini dalam program majlis penutupan program khidmat masyarakat antarabangsa, bersempena dengan malam kebud...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Amir Heberd
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105647/1/105647.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105647/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Salam Malaysia Madani Salam Nusantara, 1. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dan perkenan Allah S.W.T., saya berbesar hati berada di sini malam ini dalam program majlis penutupan program khidmat masyarakat antarabangsa, bersempena dengan malam kebudayaan antarabangsa dan jamuan hari raya aidilfitri fakulti sains kesihatan, universiti teknologi mara cawangan pulau pinang, kampus bertam. 2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis yang cukup gemilang pada malam ini. Saya amat berbesar hati untuk meraikan kesemua warga Fakulti Sains Kesihatan, Kampus Bertam yang turut diserikan dengan kehadiran delegasi antarabangsa iaitu para dosen dan mahasiswa dari Universitas Airlangga, Indonesia, mahasiswa dari Universitas Muhammadiyah Malang, Indonesia, serta wakil pensyarah dari Universiti Sains Malaysia. Kehadiran anda semua dapat menyerikan suasana majlis pada hari ini. Hadirin yang dihormati sekalian, 3. Program Khidmat Masyarakat Antarabangsa yang telah dijalankan dari 6 hingga 9 Mei 2024, akan berakhir usai sahaja majlis penutupan yang akan diumumkan oleh Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang sebentar lagi. Justeru saya amat berharap, segala ilmu, serta pengalaman yang ditimba di sini dapat dibawa pulang dan dijadikan tauladan bagi menjalankan program-program komuniti bersama 4 masyarakat pada masa akan datang. “Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan”. Kata-kata hikmat ini cukup besar untuk kita semua hayati dan cakna dengan perbezaan sosio budaya masyarakat di Indonesia dan Malaysia khususnya. Kemudahan lengkap fasiliti, adab, tutur bahasa dan gaya pergaulan, serta keindahan persekitaran sudah tentunya berbeza di antara dua negara. Walau bagaimanapun, program khidmat masyarakat antarabangsa yang dijalankan telah berlangsung dengan jayanya dengan sokongan semua pihak yang terlibat..