Teks ucapan aluan Majlis Perjumpaan Staf dan Majlis Perwakilan Pelajar / Prof Madya Ir. Dr. Ahmad Rashidy Razali

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Salam Keluarga Malaysia Salam Keluarga UiTM 1. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas sifat Rahman dan Rahim-Nya jua, kita semua dikurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan waktu untuk be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Razali, Ahmad Rashidy
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105439/1/105439.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105439/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh Salam Keluarga Malaysia Salam Keluarga UiTM 1. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas sifat Rahman dan Rahim-Nya jua, kita semua dikurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan waktu untuk bersama-sama dalam Majlis Perjumpaan Staf dan Majlis Perwakilan Pelajar sempena Lawatan kerja Ybhg. Prof. Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA ke UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam. 2. Pertamanya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pengurusan kanan dan semua warga UiTM Cawangan Pulau Pinang, khususnya di Kampus Bertam yang telah menyediakan persiapan bagi menyambut kedatangan Ybhg. Prof. Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA ke UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam. 3. Alhamdulillah, pada sebelah pagi hari ini, Ybhg. Prof. Datuk Naib Canselor telah mendengar pembentangan dari pihak pengurusan kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang khususnya Kampus Bertam mengenai pembelian peralatan pengajaran dan pembelajaran (P&P), ubahsuai makmal bagi Pusat Pengajian Fakulti Sains Kesihatan, cadangan membina gelanggang sukan 3 dalam 1 @ multipurpose court berbumbung, cadangan penambahan ruang di Unit Kesihatan, serta penjanaan pendapatan Kampus Bertam.