Kajian keberkesanan penggunaan perisian aplikasi multimedia untuk mata pelajaran Matematik tingkatan dua: kes kajian di sekolah-sekolah menengah di daerah Machang Kelantan / Masitah Ahmad … [et al.]

Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer sudah mula dilaksanakan di kebanyakan sekolah menengah di Malaysia. Fenomena ini jelas terbukti apabila Sahagian Teknologi Pendidikan (BTP} telah menghasilkan pelbagai jenis perisian yang dapat digunakan di sekolah-sekolah tersebut. Malahan din...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Masitah, Ismail, Mohd Nasir, Md Radzi, Mohd Abdul Hafiz, Abdul Wahid, Khalid
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104902/1/104902.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104902/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer sudah mula dilaksanakan di kebanyakan sekolah menengah di Malaysia. Fenomena ini jelas terbukti apabila Sahagian Teknologi Pendidikan (BTP} telah menghasilkan pelbagai jenis perisian yang dapat digunakan di sekolah-sekolah tersebut. Malahan dinyatakan bahawa dengan penggunaan perisian kursus yang berkonsepkan multimedia bagi matapelajaran Sains dan Matematik ini juga akan membuatkan ianya lebih menarik minat pelajar disamping berkeupayaan untuk menangani masalah kepelbagaian pelajar. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini adalah bagi melihat sejauh manakah keberkesanan penggunaan perisian aplikasi Matematik di sekolah menengah yang telah ditetapkan. Hubungan antara sikap, pengetahuan dan kemahiran dengan tahap penggunaan juga dikaji. Selain itu pengkaji juga ingin melihat adakah terdapat perbezaan bagi penggunaan perisian tersebut berdasarkan jantina pelajar dan bangsa pelajar di sekolah berkenaan. Sampel kajian adalah terdiri daripada 250 orang pelajar, dari 8 buah sekolah menengah kebangsaan daerah Machang, Kelantan. Kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Maka penggunaan borang soal selidik akan menjadi asas utama dalam memperolehi data yang diperlukan. Temubual tidak rasmi turut digunakan dalam memperolehi maklumat berkaitan tahap penggunaan perisian.Latar belakang sampel kajian dari aspek jantina dan pencapaian matematik turur dikaji dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar telah mendapat keputusan yang agak tinggi selepas menggunakan animasi, teks dan suara yang merupakan cirk:iri multimedia dalam perisian aplikasi multimedia tersebut. Dan pelajar telah menjadikan perisian aplikasi ini sebagai kaedah yang paling digemari dalam pembelajaran mereka.