Kupasan terhadap inklusi batu permata Kuarza di Kelantan dari aspek formalistik seni/ Mohd Zamani Daud ... [et al.]
Penyelidikan ini bertujuan mengupas bentuk dan rekacorak inklusi batu permata dari aspek seni terutama dari sudut formalistic seni yang berkaitan dengan elemen seni dan prinsip rekaan. Penyelidik mendapati terdapat banyak kajian dan kupasan telah dijalankan keatas alam semulajadi seperti flora dan f...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Perak
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104490/1/104490.pdf https://doi.org/10.24191/idealogy.v9i2.459 https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104490/ https://idealogyjournal.com/ https://doi.org/10.24191/idealogy.v9i2.459 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini bertujuan mengupas bentuk dan rekacorak inklusi batu permata dari aspek seni terutama dari sudut formalistic seni yang berkaitan dengan elemen seni dan prinsip rekaan. Penyelidik mendapati terdapat banyak kajian dan kupasan telah dijalankan keatas alam semulajadi seperti flora dan fauna namun belum terdapat kajian keatas batu permata dijalankan. Batu permata merupakan kumpulan mineral yang berharga dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat. Setiap batu permata mempunyai bentuk dan reka corak tersendiri yang digelar sebagai inklusi. Inklusi batu permata memainkan peranan penting untuk mengenalpasti jenis, keaslian, dirawat atau tidak dan negara asal batu permata. Kecantikan dan keunikan inklusi batu permata yang merupakan sebahagian dari sumber alam semulajadi boleh juga dikaitkan dengan seni kerana ia mempunyai sifat-sifat artistik yang tersendiri. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah pemerhatian dan analisis dokumen inklusi batu permata. Kupasan dan analisa dijalankan terhadap terhadap lima (5) batu permata kuarza yang diperolehi di sekitar negeri Kelantan. Jenis batu permata yang dijalankan terdiri dari akik (agate), batu jarum emas (rutile quartz), kecubung (amethyst) dan kristal (rock crystal).Sumber gambar inklusi diperolehi sendiri dari penyelidik dengan menggunakan gemologi mikrokop jenama Motic SMZ171 7.5X-50X dengan tambahan pencahayaan dari LED Fiber Optic Illuminator. Manakala hasil gambar inklusi dirakam dengan menggunakan kamera jenama Nikon SMZ 1500. Jenis inklusi yang dianalisa adalah band pattern, needle inclusion, tiger stripe inclusion dan liquid inclusion. Analisa inklusi batu permata dari aspek seni lukis dan seni reka khususnya sudut formalistik seni telah berjaya diterjemahkan dan hasil penyelidikan ini sesuai untuk dicadangkan sebagai bahan kajian (subject matter) bagi pengkarya menghasilkan sesuatu karya seni. |
---|