Peranan media sosial dalam mempromosi pembelajaran sepanjang hayat / Nurul Nisha Mohd Shah and Shahril Anuar Abdul Ghalim
Pendidikan tidak lagi terbatas pada fasa tertentu dalam kehidupan seseorang individu. Pada zaman digital saat ini, konsep pembelajaran sepanjang hayat semakin mendapat sorotan. Bagi individu yang ingin kekal relevan dan kompetitif dalam pasaran kerja yang dinamik, pastinya mereka harus sentiasa bers...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/102319/1/102319.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/102319/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidikan tidak lagi terbatas pada fasa tertentu dalam kehidupan seseorang individu. Pada zaman digital saat ini, konsep pembelajaran sepanjang hayat semakin mendapat sorotan. Bagi individu yang ingin kekal relevan dan kompetitif dalam pasaran kerja yang dinamik, pastinya mereka harus sentiasa bersedia untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang. Keadaan ini pastinya dapat menaik taraf keterampilan dan pesona diri sebagai individu yang berkarisma dan mampu bersaing pada peringkat yang lebih tinggi. Namun, bagaimana caranya agar pembelajaran sepanjang hayat dapat didorong dan dipromosi secara efektif? Kemunculan media sosial telah membuka pelbagai peluang baru untuk mereka yang sentiasa dahagakan pengetahuan dan maklumat dalam pelbagai perkara. Berbekalkan kemampuannya untuk menghubungkan individu daripada berbagai-bagai latar belakang dan memberikan akses yang tidak terbatas terhadap maklumat dan pengetahuan umum dan khusus, media sosial berpotensi menjadi platform bagi pembelajaran sepanjang hayat. Platform-platform seperti Facebook, Twitter, LinkedIn, dan YouTube telah menjadi saluran bagi individu untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan, berkolaborasi, serta terlibat dalam perbincangan yang dapat mendorong kepada perkembangan potensi diri. |
---|