Peranan aplikasi Open Broadcaster Software (OBS) dalam siaran langsung penyiaran dan penstriman digital / Nurul Nisha Mohd Shah and Mohd Razman Basinon

Open Broadcaster Software (OBS) adalah perisian sumber terbuka yang digunakan secara meluas untuk siaran langsung penstriman digital. Dalam era digitalisasi yang pesat, perisian OBS telah menjadi alat penting bagi pelbagai industri, termasuk pendidikan, hiburan, dan perniagaan. Antara kelebihan peri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Shah, Nurul Nisha, Basinon, Mohd Razman
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/102292/1/102292.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/102292/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Open Broadcaster Software (OBS) adalah perisian sumber terbuka yang digunakan secara meluas untuk siaran langsung penstriman digital. Dalam era digitalisasi yang pesat, perisian OBS telah menjadi alat penting bagi pelbagai industri, termasuk pendidikan, hiburan, dan perniagaan. Antara kelebihan perisian OBS adalah: 1. Perisian Sumber Terbuka dan Percuma Perisian OBS adalah perisian sumber terbuka yang boleh diakses dan digunakan tanpa kos tambahan oleh pengguna dari pelbagai latar belakang. Keadaan ini telah menjadikannya pilihan yang sangat menarik bagi individu dan organisasi yang ingin memulakan penstriman tanpa perlu melabur dalam perisian yang mahal. Menurut laporan dari GitHub, perisian OBS ini telah dimuat turun lebih daripada 50 juta kali seterusnya membuktikan popularitinya yang meluas. 2. Penyokong Pelbagai Platform Penstriman Perisian OBS menyokong pelbagai platform penstriman seperti YouTube Live, Tiktok Live, Facebook Live, Shoppe Live, Twitch dan Discord. Perisian ini juga dapat menyokong untuk mengintegrasikan kepada panggilan video, mesyuarat dan persidangan dalam talian, sebagai contoh integrasi kepada Google Meet, Zoom, Webex, Telegram dan Microsoft Teams. Ini membolehkan pengguna menyiarkan kandungan mereka kepada penonton yang lebih luas, meningkatkan jangkauan dan penglibatan. Data dari Agensi menunjukkan bahawa pada tahun 2023, terdapat lebih daripada 2.7 bilion pengguna aktif bulanan di YouTube, menjadikan platform ini sebagai salah satu destinasi utama untuk penstriman langsung.