Kritikan penyiaran: filem patriotik menggamit memori dan jiwa merdeka / Shahril Anuar Abdul Ghalim
Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi rakyat Malaysia. Sejarah kemerdekaan negara tercatit dengan megahnya dan diraikan diseluruh tanahair. Saban tahun ianya disambut dengan pelbagai acara bagi meraikan kemerdekaan negara yang tercinta. Padat dengan pelbagai aktiviti yang direncanakan bagi m...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101658/1/101658.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101658/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi rakyat Malaysia. Sejarah kemerdekaan negara tercatit dengan megahnya dan diraikan diseluruh tanahair. Saban tahun ianya disambut dengan pelbagai acara bagi meraikan kemerdekaan negara yang tercinta. Padat dengan pelbagai aktiviti yang direncanakan bagi mewarnai sambutan kemerdekaan sebagai suatu peringatan sejarah, perkongsian kegembiraan dan kesyukuran atas nikmat keamanan dan kesejahteraan rakyat yang bernaung di bawah payung negara. Layar skrin juga tidak terkecuali dalam hal ini. Semuasiaran televisyen yang wujud di negara ini, rata-ratanya berusaha menyusun pelbagai bentuk program, dokumentari, susunan putaran lagu, pesanan khidmat masyarakat, drama dan filem patriotik yang bakal mewarnai lagi kemeriahan bulan kemerdekaan ini. Segalanya dihidangkan dengan satu tujuan iaitu untuk menghayati erti sebenar kebebasan dari penjajahan dan sebagai tanda ingatan serta terima kasih terhadap pengorbanan dan jasa mereka yang memperjuangkan kemerdekaan suatu ketika dahulu. Penulisan kali ini ingin membincangkan mengenai semangat patriotik yang mampu menggamit memori dan semangat kemerdekaan. Jika disenaraikan, terdapat pelbagai judul atau tajuk filem yang mendasari semangat patriotik antaranya yang popular ialah Bukit Kepong, Sarjan Hassan, Leftenan Adnan, Embun, Paloh, Darah Satria, 1957: Hati Malaya, Mat Kilau dan pelbagai lagi pengkisahan wira/tokoh pejuang kemerdekaan tak kira ianya berteraskan sejarah mahupun filem berunsurkan cereka. Kesemuanya memenuhi plot cerita yang menarik untuk dijadikan panduan bagi menyemarakkan nostalgia semangat kenegaraan |
---|