Yakini hikmah dalam kehidupan / Husnul Rita Aris

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Seringkali kali manusia mengeluh ataupun menyesal dalam kehidupan. Sama ada di peringkat kecil, persekolahan, dewasa, bekerja, berkahwin, pencen, alam usia emas, dan lain-lain lagi. Itu realiti yang berlaku. Menyesali takdir yang Allah SWT da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aris, Husnul Rita
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101485/1/101485.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101485/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Seringkali kali manusia mengeluh ataupun menyesal dalam kehidupan. Sama ada di peringkat kecil, persekolahan, dewasa, bekerja, berkahwin, pencen, alam usia emas, dan lain-lain lagi. Itu realiti yang berlaku. Menyesali takdir yang Allah SWT dah tentukan. Hakikatnya apa yang Allah telah tentukan itu semuanya ada hikmahnya lambat atau awal, di dunia atau di Akhirat, semasa hidup ataupun selepas dibangkitkan di padang mahsyar. Itu semua adalah ketentuan daripada Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud “....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (al-Baqarah, ayat 216) Daripada firman Allah SWT jelas telah menunjukkan bahawa ketentuan itu datang daripada Allah SWT. Sama ada yang baik atau yang buruk. Ini menunjukkan kepentingan kita beriman kepada Allah SWT tanpa sebarang syak dan ragu-ragu. Kemungkinan sesuatu yang berlaku seperti ditimpa penyakit, kekurangan, kemiskinan, kegagalan, kesedihan, ditipu, kematian, dan lain-lain lagi adalah satu ujian. Namun hakikatnya, ianya ada hikmah di sebaliknya.