Membimbing dengan cara yang baik, bukan menjadikan yang baik / Hajah Makiah Tussaripah Jamil

Mendidik manusia adalah satu kesenian. Ia menuntut kepada ilmu dan cara yang baik dan benar. Seringkali dan biasa didengar apabila ada ibu bapa yang mengeluh kerana sikap anaknya yang nakal. Ibu bapa merasakan bahawa sudah membimbing anaknya dengan baik. Tetapi anaknya tetap tidak menjadi semakin ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamil, Makiah Tussaripah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101483/1/101483.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101483/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mendidik manusia adalah satu kesenian. Ia menuntut kepada ilmu dan cara yang baik dan benar. Seringkali dan biasa didengar apabila ada ibu bapa yang mengeluh kerana sikap anaknya yang nakal. Ibu bapa merasakan bahawa sudah membimbing anaknya dengan baik. Tetapi anaknya tetap tidak menjadi semakin baik, sebaliknya menjadi semakin nakal dan tidak baik. Hal yang sama turut dialami oleh ramai guru serta para pendidik serta suami dengan isterinya. Salahkah jika sebagai suami dan bapa, kita gagal mendidik anak atau isteri menjadi lebih baik? Salahkah kita sebagai guru dan pendidik, jika belum mampu mengubah pelajar menjadi lebih baik? Dan salahkah kita sebagai orang tua kalau kita belum mampu menjadikan anak kita sebagai anak yang baik? Jawapannya boleh jadi ya, boleh jadi tidak. Hal pertama yang perlu diketahui dan difahami ialah agama tidak membebani kita sesuatu yang berada di luar kemampuan manusia. Tuhan tidak akan meminta kita bertanggungjawab dengan sesuatu yang berada di luar kuasa kita. Nabi sendiri di dalam Al-Quran disebut sebagai pemberi peringatan dan pembawa khabar gembira (basyiran wa nadzira). Tetapi tidak ada satu ayat pun di dalam Al-Quran yang membolehkan Nabi untuk memaksa orang lain beriman. Bahkan, ayat-ayat yang ada sebaliknya menegaskan prinsip kebebasan memilih bagi setiap manusia. Nabi tidak mempunyai kuasa untuk memaksa. Adalah sesuatu yang benar bahawa kasih sayang nabi yang besar kepada umatnya kadang boleh membuat nabi bersedih hati apabila ada di antara mereka yang tidak memenuhi seruannya. Namun pada akhirnya, setiap orang mempunyai pilihan dan agama tidak pernah berkehendak untuk mencabut kebebasan memilih tersebut dari setiap manusia.