Peranan kitab syarah terhadap penterjemahan hadis ke dalam Bahasa Melayu / Ahmad Izzuddin Abu Bakar
Kitab syarah dikenali sebagai karya khusus dalam menghuraikan matan sesuatu hadis. Kegiatan penulisannya mula bersemarak pada kurun keempat hijrah. Berdasarkan kepada amalan para sarjana di dalam kajian dan penyelidikan, petikan dan keterangan kitab-kitab ini telah dijadikan sebagai rujukan utama ya...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101370/1/101370.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101370/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kitab syarah dikenali sebagai karya khusus dalam menghuraikan matan sesuatu hadis. Kegiatan penulisannya mula bersemarak pada kurun keempat hijrah. Berdasarkan kepada amalan para sarjana di dalam kajian dan penyelidikan, petikan dan keterangan kitab-kitab ini telah dijadikan sebagai rujukan utama yang berautoriti untuk menjelaskan maksud sebenar setiap perkara yang disandarkan kepada Nabi SAW. Artikel ini akan melihat peranan dan kedudukan khazanah ilmiah yang sangat berharga ini dalam penghasilan terjemahan hadis kepada bahasa Melayu. Metodologi yang digunakan adalah kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan. Ia mengambil kitab-kitab syarah yang dikategorikan sebagai sumber yang berautoriti. Seterusnya, teks tertentu yang difikirkan relevan akan diambil untuk dianalisis. Dapatan merumuskan kitab syarah berperanan dalam lima (5) aspek yang membantu penterjemahan yang tepat iaitu: 1. Membawa Riwayat Berbeza Bagi Hadis Yang Sama Untuk Menjelaskan Latar Belakang Peristiwa; 2. Menerangkan Tempat Kembali (Marja’) Kata Ganti Nama Ketiga (Ḏamīr al-Ghāib); 3. Menjelaskan Andaian Ayat (Taqdīr al-Jumlah) Yang Mempunyai Elipsis (al- Ḥaḏf); 4. Menjelaskan Maksud Kiasan; 5. Menghuraikan Perkataan Gharib Dari Sudut Bahasa Dan Meletakkannya Di dalam Konteks Ayat. |
---|