Tanjung Dawai: antara lautan dan kehidupan / Prof Dr. Maznah Wan Omar, Mazlifa Md Daud and Norhayati Ismail

Tanjung Dawai ialah sebuah pekan kecil di negeri Kedah. Pekan kecil ini terletak lebih kurang 74 kilometer dari bandaraya Alor Setar dan 30 kilometer dari bandar Sungai Petani. Tanjung Dawai terletak di dalam daerah Kuala Muda dan Parlimen Merbok. Di antara kampung-kampung yang terletak berhampiran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Omar, Maznah, Md Daud, Mazlifa, Ismail, Norhayati
Format: Book Section
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101222/1/101222.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101222/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tanjung Dawai ialah sebuah pekan kecil di negeri Kedah. Pekan kecil ini terletak lebih kurang 74 kilometer dari bandaraya Alor Setar dan 30 kilometer dari bandar Sungai Petani. Tanjung Dawai terletak di dalam daerah Kuala Muda dan Parlimen Merbok. Di antara kampung-kampung yang terletak berhampiran Mukim Tanjung Dawai adalah kampung Kepala Tanjung, kampung KEDA, kampung Huma dan kampung Sungai Pial. Tanjung Dawai terkenal dengan pusat hasilan laut memandangkan pekerjaan utama penduduk di sini adalah nelayan dan petani. Kebanyakan hasil tangkapan laut diproses menjadi ikan masin, ikan kering, ikan bilis, pekasam dan hasilan makanan laut yang lain yang boleh dibeli dengan harga yang sangat berpatutan. Lebih dari separuh penduduk Tanjung Dawai merupakan penduduk yang berasal dari negeri Kelantan dan Terengganu. Kedatangan masyarakat luar dari Kelantan dan Terengganu ini juga membawa bersama mereka budaya perniagaan hasilan laut dan aktiviti nelayan yang diamalkan di negeri asal mereka. Kedatangan mereka ada yang membawa pengaruh yang membina dan ada juga membawa pengaruh-pengaruh yang boleh ditinggalkan. Masyarakat dari Pantai Timur ini gemar berkumpul sesama mereka dan terhasil lah budaya mereka sendiri. Kebaikan daripada budaya penduduk Pantai Timur ini ialah terhasilnya aktiviti perniagaan yang dapat meningkatkan ekonomi penduduk di Tanjung Dawai. Dengan penghasilan barangan buatan sendiri, hasil daripada tangkapan laut, maka produk ini boleh dipasarkan di Tanjung Dawai. Justeru, aktiviti ekonomi dan pelancongan untuk membeli hasil tangkapan laut dapat ditingkatkan.