Santai-santai petanque / Siti Azlina Rosli

13 Oktober 2023 (Jumaat) – Pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia telah menjemput beberapa orang staf luar fakulti mereka untuk bersama-sama beriadah dengan bermain petanque. Oleh itu, pihak Jabatan Sains Gunaan telah menghantar empat orang staf di bawah kumpulan “TEAM ROJAK” iaitu cik Siti Azlina...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosli, Siti Azlina
Format: Monograph
Language:English
Published: Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100229/1/100229.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/100229/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:13 Oktober 2023 (Jumaat) – Pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia telah menjemput beberapa orang staf luar fakulti mereka untuk bersama-sama beriadah dengan bermain petanque. Oleh itu, pihak Jabatan Sains Gunaan telah menghantar empat orang staf di bawah kumpulan “TEAM ROJAK” iaitu cik Siti Azlina Rosli, Ts Dr Haslinda Abdul Hamid, Puan Marina Mokhtar dan Puan Atikah Rohaini. Setibanya di gelanggang petanque, kesemua peserta terlibat telah diberikan taklimat dan penerangan tentang cara asas dan pengiraan mata dalam permainan petanque kerana rata-rata peserta yang terlibat tidak mempunyai pengalaman dalam sukan ini malah ini adalah kali pertama bagi sesetengah peserta terlibat. Keputusan rasmi bagi “Santai-Santai Petanque” telah berpihak kepada team Rojak di mana team ini telah memenangi perlawanan pada kali ini dengan 8 mata berbalas 2. Walaupun semua pemain berada di bawah cahaya matahari selama 30 minit sahaja dan selebihnya di bawah hujan, mereka telah menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama yang tinggi dengan berjaya menamatkan permainan mereka dengan bergaya. Terima kasih atas jemputan dan tunjuk ajar dari pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia. Diharapkan ukhuwah antara Jabatan Sains Gunaan dan pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia akan terus subur dan berterusan.