Kefahaman tentang zakat tanaman dan pengeluarannya: satu tinjauan terhadap pekebun-pekebun kelapa sawit di Simpang Renggam - FASS Final Project (BIS)
Kertas kerja ini cuba mengemukakan satu iniasitif kepada pihak pekebun kelapa sawit yang selama ini tidak mendapat pendedahan dan kurang memahami bahawa mereka mungkin boleh mengeluarkan zakat tanaman bagi hasil tuaian kelapa sawit yang menjadi tanaman komoditi negara Malaysia. Hasil yang diraih...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Other |
Published: |
Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University Malaysia
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://library.oum.edu.my/repository/990/1/library-document-990.pdf http://library.oum.edu.my/repository/990/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kertas kerja ini cuba mengemukakan satu iniasitif kepada pihak pekebun kelapa
sawit yang selama ini tidak mendapat pendedahan dan kurang memahami bahawa
mereka mungkin boleh mengeluarkan zakat tanaman bagi hasil tuaian kelapa
sawit yang menjadi tanaman komoditi negara Malaysia. Hasil yang diraih oleh
pekebun dan peladang sama ada dalam jumlah yang banyak dinafikan hak
pengeluaran zakatnya kerana kurang pendedahan pemahaman untuk tanaman ini
dikeluarkan zakat, cadangan ini hanya berbentuk percubaan berdasarkan ilah
kekayaan dan kepada zakat pendapatan yang kini diwajibkan kepada pekerjapekerja
yang makan gaji pada tiap-tiap bulan. Tujuan kajian ini dijalankan
mengkaji kefahaman pekebun-pekebun tentang zakat tanaman dan kesediaan
mereka untuk menjadi pengeluar zakat tanaman sawit dan mengenal pasti sumber
baru zakat sebagai tambahan sumber zakat sedia ada selaras dengan perluasan
pengagihan zakat kepada beberapa bidang baru untuk kepentingan umat Islam.
Kajian ini merupakan kajian bentuk lapangan bagi mengumpul data-data
seterusnya memnganalisis keputusan kajian yang diperoleh serta membuat
rumusan daripadanya. Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik dengan
menyediakan soalan-soalan yang perlu dijawab dengan menanda ruang pilihan berdasarkan pemahaman mereka terhadap soalan yang diutarakan. Kaji selidik ini
disasarkan kepada pekebun-pekebun kelapa sawit sekitar Simpang Renggam.
Hasil kajian dari analisis yang dilakukan ke atas data terkumpul mendapati
masyarakat telah memahami kewajiban mereka sebagai pengeluar zakat terutama
zakat fitrah, mereka juga mempunyai pengetahuan tentang zakat walaupun tidak
secara terperinci terutama tentang zakat tanaman, namun kebanyakan mereka
secara tidak langsung sebenarnya bersetuju menjadi pengeluar zakat jika satu
masa nanti zakat tanaman sawit diwajibkan zakat oleh pihak berkuasa sebagai
memenuhi tuntutan agama. Kesedaran dan kepatuhan masyarakat ini perlu
dijadikan sandaran dengan mengambil inisiatif dan kajian serta muzakarah oleh
para bijak pandai terutama para ulama dunia Islam untuk memikirkan kesesuaian
tanaman sawit menjadi salah satu sumber baru untuk kutipan zakat agar kutipan
dapat dikumpulkan serta diagihkan kepada yang berhak selaras dengan
perkembangan ekonomi, keperluan dan kepentingan umat Islam agar menjadi
umat yang dicontohi dan disegani terutama dari segi kepatuhan dan kekuatan
ekonominya. (Abstract by author) |
---|