Faktor tekanan kerja dalam kalangan kakitangan MAINS Holding Sdn Bhd - FASS Final Project (Psychology)

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perbezaan faktor tekanan kerja berdasarkan demografi iaitu (jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan) dalam kalangan kakitangan MAINS Holdings Sdn. Bhd. di Seremban, Negeri Sembilan. Terdapat enam faktor tekanan yang dikaji iaitu halang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Haryati Kamarudin,
Format: Other
Published: Faculty of Applied Social Sciences, Open University Malaysia 2013
Subjects:
Online Access:http://library.oum.edu.my/repository/978/1/library-document-978.pdf
http://library.oum.edu.my/repository/978/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perbezaan faktor tekanan kerja berdasarkan demografi iaitu (jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan) dalam kalangan kakitangan MAINS Holdings Sdn. Bhd. di Seremban, Negeri Sembilan. Terdapat enam faktor tekanan yang dikaji iaitu halangan kerja rumah dan kerja, struktur dan iklim organisasi, peranan pengurusan, kerjaya dan pencapaian, hubungan di tempat kerja dan faktor instrinsik dalam pekerjaan. Alat kajian yang digunakan ialah Occupational Stress Indicator (OSI) oleh Cooper, C.L, Sloan, D & William, S.P (1988). Seramai 40 orang kakitangan telah dipilih sebagai responden bagi mewakili populasi. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min, kekerapan dan peratus) dan statistik inferensi menggunakan (Ujian-t dan ANOVA sehala). Dapatan kajian menunjukkan min bagi faktor tekanan yang tertinggi ialah faktor struktur dan iklim organisasi. Manakala faktor tekanan yang terendah ialah faktor halangan kerja rumah dan kerja. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pada faktor tekanan dalam kalangan responden dari aspek umur. Kajian mendapati kakitangan berumur lingkungan 26-35 tahun mengalami tekanan kerja. Manakala faktor tekanan kerja mengikut jantina, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan responden. Penyelidik mencadangkan agar pihak pengurusan mengambil langkah lebih proaktif dengan memberikan pendedahan melalui pelbagai kursus dan latihan yang bersesuaian secara konsisten terutamanya latihan kemahiran pengurusan tekanan kerja kepada kakitangan bagi melahirkan kakitangan yang produktif dan inovatif. (Abstract by author)