Kesan tret personaliti terhadap prestasi kerja dikalangan warga kerja Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA - FASS Final Project (Psychology)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan tret personaliti terhadap prestasi kerja di kalangan warga kerja Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Seramai 100 orang warga KeTTHA dalam Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan & Profesional (n=43) dan Pelaksana (n=57) terlibat dalam ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mashithoh Ismail,
Format: Other
Published: Faculty of Applied Social Sciences, Open University Malaysia 2013
Subjects:
Online Access:http://library.oum.edu.my/repository/977/1/library-document-977.pdf
http://library.oum.edu.my/repository/977/2/library-document-977.pdf
http://library.oum.edu.my/repository/977/3/library-document-977.pdf
http://library.oum.edu.my/repository/977/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan tret personaliti terhadap prestasi kerja di kalangan warga kerja Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Seramai 100 orang warga KeTTHA dalam Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan & Profesional (n=43) dan Pelaksana (n=57) terlibat dalam kajian ini dengan kaedah persampelan secara rawak. Bagi tujuan pengumpulan data, soal selidik Model Lima Faktor dan Prestasi Kerja menggunakan Skala Likert ditadbirkan kepada responden kajian. Bagi menganalisa data yang diperolehi, penyelidik menggunakan perisian Special Package for the Social Statistic (SPSS) for Window versi 22. Hasil kajian telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kekerapan dan peratusan bagi maklumat demografi responden manakala bagi tret personaliti dan prestasi kerja responden dianalisis melalui nilai skor min dalam menentukan tahap tinggi, sederhana dan rendah. Analisis korelasi Pearson digunakan bagi mengkaji perkaitan antara setiap pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar. Dapatan kajian menunjukkan tahap personaliti (min=3.16) dan tahap prestasi kerja (min=5.27) responden berada di tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan pada tret penyesuaian dengan prestasi kerja pada aras p<0.5. Dimensi tret personaliti pergaulan, persetujuan, keterbukaan minda dan kesungguhan tidak mempunyai hubungan signifikan dengan prestasi kerja. Dapatan ini membantu pihak organisasi mengetahui tahap personaliti dan prestasi kerja pegawai-pegawainya di tahap rendah, sederhana dan tinggi. Selain itu, dapatan ini boleh dijadikan rujukan dalam perancangan dan perlaksanaan program-program pembangunan di KeTTHA. Kajian seperti ini juga boleh diperluaskan ke semua kementerian bagi mendapatkan data tahap personaliti dan prestasi pekerja perkhidmatan awam sama ada berada pada suatu tahap kecekapan dan prestasi kerja tertentu. (Abstract by author)