Pentingnya penyelidikan kepada badan-badan bukan kerajaan

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan satu persoalan utama yakni, pentingnya penyelidikan kepada sesebuah badan bukan kerajaan dan impaknya ke atas kesejahteraan sosial komuniti yang mereka sasarkan. Antara hujah-hujah yang menyokong tentang pentingnya sesuatu penyelidikan kepada badan bu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wong , Huey Siew
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2013
Online Access:http://library.oum.edu.my/repository/874/1/library-document-874.pdf
http://library.oum.edu.my/repository/874/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan satu persoalan utama yakni, pentingnya penyelidikan kepada sesebuah badan bukan kerajaan dan impaknya ke atas kesejahteraan sosial komuniti yang mereka sasarkan. Antara hujah-hujah yang menyokong tentang pentingnya sesuatu penyelidikan kepada badan bukan kerajaan termasuk penyelidikan dapat membantu NGO menjelaskan sesuatu perkara dengan cara yang saintifik, memberikan data yang konkrit, mengenal pasti sebab-sebab berlakunya sesuatu perkara dan sebagai sumber maklumat yang sahih. Tumpuan perbincangan banyak berlandaskan kepada pengalaman pembentang yang secara kebetulan terlibat secara langsung dalam beberapa NGO yang berkaitan dengan orang kurang upaya. Di sampping itu, kertas kerja ini juga ada mengemukakan beberapa cadangan agar penyelidikan yang sistematik dapat dipergiatkan di kalangan NGO melalui usaha kerajaan seperti menyediakan dana penyelidikan, melatih lebih ramai tenaga mahir untuk menjalankan penyelidikan dan hasil penyelidikan dimanfaatkan sepenuhnya melalui data bank yang dicadangkan. akhir kata, dengan adanya aktiviti penyelidikan dan hasil ddapatannya tentu sekali akan membantu para pemimpin NGO untuk membuat perancangan yang strategik dan seterusnya melaksanakan pelbagai program yang berkesan untuk memajukan kesejahteraan sosial komuniti kelak. (Abstrack by author)