Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti
Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://library.oum.edu.my/repository/160/1/pentadbiran.pdf http://library.oum.edu.my/repository/160/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan besar
dalam mendepani persaingan abad ke-21. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat
menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang
daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat
menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan
yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati
kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil
dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing,
dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut,
Malaysia telah melakukan satu anjakan besar untuk membangunkan satu sistem
pendidikan yang berkualiti. Sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh dua kementerian
iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam
pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah yang
meliputi pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan
pendidikan lepasan menengah; dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang
bertanggungjawab ke atas Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam usaha memantap dan meningkatkan kualiti
sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah, KPM telah merangka dan
melaksanakan satu perancangan strategik iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) yang memberikan fokus kepada enam teras strategik iaitu membina negara
bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan
jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan
institusi pendidikan. Selaras dengan itu KPT juga telah menyediakan Pelan Strategik
Pendidikan Tinggi ke arah meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global
melalui penyampaian pendidikan dan latihan yang berkualiti, berkesan, relevan dan
mempunyai komitmen yang tinggi kepada pembelajaran sepanjang hayat dengan
membangunkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui dua pendekatan iaitu
pendidikan dan latihan yang berjalan secara bersepadu. Pertama, memperkukuh
pembelajaran yang berteraskan pengetahuan, menjalankan penyelidikan yang memberi
impak kepada dunia akademia-industri menerusi konsep elitis serta memberikan
perkhidmatan kepada masyarakat yang berterusan. Kedua, membuka laluan pengajian
tinggi yang bersifat terbuka dan sepanjang hayat melalui institusi pengajian seperti
universiti terbuka, politeknik, dan kolej komuniti. Selain daripada IPTA, IPTS seperti
Open University Malaysia juga telah berkembang pesat dan memainkan peranan yang
penting dan merupakan supplementary dan complementary kepada institusi pendidikan
di Malaysia. (Authors' abstract) |
---|