Tahap pengetahuan di kalangan ibu antenatal mengenai penjagaan luka episiotomi di salah satu klinik kerajaan di daerah Tangkak
Latar Belakang: Episiotomi adalah prosedur pembedahan yang biasa dialami oleh wanita di seluruh dunia bagi memudahkan proses kelahiran bayi dan mempercepatkan penyembuhan luka. Walau bagaimanapun, ia mempunyai beberapa komplikasi yang merangkumi kesakitan perineal, jangkitan asimetri, pendarahan,...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Other |
Published: |
-
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://library.oum.edu.my/repository/1335/1/library-document-1335.pdf http://library.oum.edu.my/repository/1335/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Latar Belakang: Episiotomi adalah prosedur pembedahan yang biasa dialami oleh
wanita di seluruh dunia bagi memudahkan proses kelahiran bayi dan mempercepatkan
penyembuhan luka. Walau bagaimanapun, ia mempunyai beberapa komplikasi yang
merangkumi kesakitan perineal, jangkitan asimetri, pendarahan, tempoh masa
penyembuhan yang panjang dan lanjutan hirisan (Higuera, 2016). Oleh itu, adalah
penting untuk ibu antenatal mempunyai pengetahuan dan pemahaman mengenai
penjagaan luka episiotomi dan mencegah komplikasi selepas bersalin. Kajian ini
bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan mengenai penjagaan luka episiotomi di
kalangan ibu antenatal di salah satu klinik kerajaan di daerah Tangkak.
Kaedah: Kajian kuantitatif dijalankan ke atas tiga puluh orang responden yang telah di
pilih melalui kaedah “purposive sampling” terdiri daripada ibu antenatal terutama
primigravida, gravida dua dan tiga serta ibu yang mempunyai sejarah kelahiran
menggunakan vacuum atau forceps. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan
diskriptif dan inferensial melalui Statistical Package Social Science (SPSS) versi 22.0.
Keputusan: Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden (96.6%) mempunyai
pengetahuan yang sangat baik mengenai penjagaan luka episiotomi. Di samping itu,
mereka juga sangat bersetuju bahawa pentingnya untuk melakukan penjagaan perineum
(96.1%), melakukan senaman (84.54%) dan amalan pemakanan seimbang (70.6%)
semasa postnatal sebagai faktor yang akan mempengaruhi penyembuhan luka
episiotomi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan (uji korelasi Spearman Rho;
p-value .029) dalam memberi kesan pada penyembuhan luka episiotomi semasa tempoh
posnatal antara bilangan pariti dan amalan pemakanan. Oleh itu, hipotesis diterima.
Kesimpulan: Semua ibu antenatal mempunyai pengetahuan yang sangat baik (96.6%)
tentang kepentingan penjagaan luka episiotomi dan faktor-faktor yang mempengaruhi
penyembuhan luka semasa tempoh posnatal. (Abstract by author) |
---|