Komunikasi dalam Organisasi dan Keberkesanan Membuat Keputusan di Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Sabak Bernam

Kajian ini adalah bertujuan untuk merungkai tentang kemahiran komunikasi dalam organisasi bagi menentukan keberkesanan membuat keputusan dalam kalangan kakitangan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Kajian penyelidikan mengambil kira faktor demografi iaitu jantina, umur, etnik,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Saiful Syafiq Ahmad,
Format: Other
Published: Open University Malaysia 2019
Subjects:
Online Access:http://library.oum.edu.my/repository/1318/1/library-document-1318.pdf
http://library.oum.edu.my/repository/1318/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk merungkai tentang kemahiran komunikasi dalam organisasi bagi menentukan keberkesanan membuat keputusan dalam kalangan kakitangan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Kajian penyelidikan mengambil kira faktor demografi iaitu jantina, umur, etnik, dan tempoh berkhidmat. Terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitkan dalam kajian ini iaitu, faktor keberkesanan komunikasi, faktor emosi dan faktor komunikasi lisan. Sampel kajian ini terdiri daripada 50 orang kakitangan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data. Borang soal selidik yang digunakan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian A mengandungi latar belakang responden, Bahagian B faktor keberkesanan komunikasi, Bahagian C faktor emosi dan Bahagian D faktor komunikasi lisan. Kesemua faktor tersebut diukur berdasarkan kepada Skala Likert. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti kakitangan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sangat bersetuju komunikasi secara lisan sebagai keutamaan dalam proses penyampaian dan penerimaan maklumat dengan mudah, jelas dan tepat. Penyelidik mencadangkan agar pihak pengurusan mengambil langkah lebih proaktif dengan memberikan pendedahan melalui pelbagai kursus dan latihan berkaitan kemahiran komunikasi dan pengurusan emosi bagi melahirkan kakitangan yang produktif dan inovatif. (Abstract by author)