Pengetahuan, kesediaan dan amalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru pendidikan jasmani sekolah rendah
Transformasi dalam pentaksiran yang berlaku membuka ruang perbincangan yang luas dari segi pengetahuan, kesediaan dan amalan guru sebagai pelaksana. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan perubahan dalam penilaian pendidikan. Oleh itu, kajian ini menyumbang dapatan hubungan antara tahap...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://library.oum.edu.my/repository/1206/1/library-document-1206.pdf http://library.oum.edu.my/repository/1206/2/library-document-1206.pdf http://library.oum.edu.my/repository/1206/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Transformasi dalam pentaksiran yang berlaku membuka ruang perbincangan yang
luas dari segi pengetahuan, kesediaan dan amalan guru sebagai pelaksana.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan perubahan dalam penilaian
pendidikan. Oleh itu, kajian ini menyumbang dapatan hubungan antara tahap
pengetahuan, kesediaan dan amalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
berdasarkan demografi terpilih dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani sekolah
rendah. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik yang telah
diadaptasi daripada instrumen asal iaitu aspek pengetahuan, kesediaan dan amalan
guru sebagai pemboleh ubah bersandar. Responden kajian dipilih secara persampelan
kluster daripada senarai nama sekolah rendah. Soal selidik yang diserahkan mendapati
kadar pulangan sebanyak 81.3% iaitu seramai 358 orang guru Pendidikan Jasmani
daripada 77 buah sekolah rendah di daerah Kota Bharu. Pengetahuan, kesediaan dan
amalan menunjukkan min yang tinggi dalam melaksanakan PBS di sekolah.
Hubungan pengetahuan dengan opsyen, pengalaman mengajar adalah tidak signifikan,
begitu juga kesediaan dan amalan dengan jantina, taraf akademik, kursus dan lokasi
sekolah. Hubungan yang kuat antara pengetahuan, kesediaan dengan amalan
menjelaskan bahawa kesan kursus yang dihadiri dan taraf akademik juga memberi
sumbangan kepada amalan PBS di sekolah-sekolah. Ujian-t menunjukkan tiada
perbezaan signifikan antara pengetahuan, kesediaan dan amalan dengan jantina dan
yang mengikuti kursus. Hasil ujian ANOVA sehala mendapati tiada perbezaan
signifikan antara pengetahuan dan amalan dengan taraf akademik, pengalaman
mengajar dan lokasi sekolah tetapi kesediaan guru menunjukkan terdapat perbezaan
signifikan dengan taraf akademik dan yang mengikuti kursus. Oleh itu, keseluruhan
dapatan kajian menjelaskan tentang kepentingan pengetahuan, kesediaan dan amalan
dalam meningkatkan pengoperasian guru melaksanakan PBS masa kini. [Abstract by author] |
---|