Pengetahuan dan penerimaan penggunaan pelekat WhatsApp dalam kalangan pelajar UIAM Pagoh

Proses komunikasi dalam talian menjadi lebih menarik dengan penggunaan pelekat WhatsApp. Hal ini disebabkan sifat pelekat itu sendiri yang ringkas serta mudah untuk dikendalikan. Bahkan dengan penggunaan pelekat, pengguna boleh memperhalusi mesej dan mewakili emosi masing-masing tanpa perlu menul...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rahmat, Hazwani, Idrus, Azean Idruwani
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Kulliyyah of Languages & Management (KLM) 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/99865/2/99865_IYSJL-Pengetahuan-dan-Penerimaan-Penggunaan-Pelekat-WhatsApp-dalam-kalangan-pelajar-UIAM-Pagoh.pdf
http://irep.iium.edu.my/99865/1/IYSJL-Vol-5-No-1.pdf
http://irep.iium.edu.my/99865/
https://kulliyyah.iium.edu.my/klm/wp-content/uploads/sites/14/2022/09/IYSJL-Vol-5-No-1.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses komunikasi dalam talian menjadi lebih menarik dengan penggunaan pelekat WhatsApp. Hal ini disebabkan sifat pelekat itu sendiri yang ringkas serta mudah untuk dikendalikan. Bahkan dengan penggunaan pelekat, pengguna boleh memperhalusi mesej dan mewakili emosi masing-masing tanpa perlu menulis teks panjang. Namun begitu, masih terdapat lagi pengguna yang keliru akan penggunaan fitur unik dalam aplikasi WhatsApp ini. Permasalahan ini menjadi objektif utama pengkaji untuk mengenal pasti dan menganalisis pengetahuan dan penerimaan penggunaan pelekat WhatsApp para pelajar di UIAM Pagoh. Pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan data kajian. Satu set soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada responden kajian. Bagi mengukur penerimaan pengguna pelekat WhatsApp pula, pengkaji telah menjadikan model Penerimaan Teknologi (TAM) melalui empat elemen utama iaitu Persepsi penggunaan berkesan (PU), Persepsi mudah guna (PEOU), Sikap (AT) dan Tingkah Laku (BI) sebagai sandaran teori kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan dan penerimaan responden terhadap penggunaan pelekat WhatsApp berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min sebanyak 3.37. Kajian ini mendapati bahawa para pelajar masih lagi dalam fasa untuk membiasakan diri dengan penggunaan pelekat WhatsApp ini. Justeru, pengkaji mencadangkan kajian analisis perbezaan penggunaan pelekat WhatsApp dalam kalangan pelajar UIAM Pagoh dilakukan bagi menunjukkan peringkat formaliti mengaplikasi pelekat WhatsApp sepanjang proses komunikasi dalam talian berlangsung.