PERBANDINGAN ASPEK MORFOLOGI DALAM HIKAYAT MELAYU KLASIK DAN NOVEL MELAYU MODEN

Kajian ini merupakan kajian perbandingan menggunakan analisis kualitatif melalui kaedah analisis kandungan. Analisis kandungan dilakukan terhadap naskhah Bahasa Melayu Klasik, iaitu Hikayat Malim Deman, naskhah Bahasa Melayu Moden melalui novel Ombak Rindu dan dibandingkan dengan ciri-ciri morfologi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nazir, Faridah
Format: Article
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/99087/1/KOLOKIUM-BAHASA-2022.pdf
http://irep.iium.edu.my/99087/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan kajian perbandingan menggunakan analisis kualitatif melalui kaedah analisis kandungan. Analisis kandungan dilakukan terhadap naskhah Bahasa Melayu Klasik, iaitu Hikayat Malim Deman, naskhah Bahasa Melayu Moden melalui novel Ombak Rindu dan dibandingkan dengan ciri-ciri morfologi yang dikemukakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2011). Pengkaji menganalisis kedua-dua karya yang dipilih berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2011) untuk aspek morfologi yang terdiri daripada (i) imbuhan, iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, bentuk fleksi, dan (ii) perkataan, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Dapatan kajian tentang ciri-ciri morfologi dalam novel Ombak Rindu menunjukkan bahawa terdapat penggunaan imbuhan, iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, bentuk fleksi, kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Dapatan ciri-ciri morfologi dalam Hikayat Malim Deman pula adalah lebih kompleks dengan penggunaan kata pangkal ayat yang klise dan kuno; laras bahasa istana; kata penegas pun dan lah; perkataan berunsur Arab; penggunaan kata tunjuk, kata hubung dan kata bantu; penggunaan imbuhan awalan, apitan dan akhiran, kelainan penggunaan imbuhan serta kosa kata bahasa Melayu klasik