Ketidaksantunan Berbahasa Melalui Aplikasi Twitter Dalam Kalangan Mahasiswa

Bahasa sindiran merupakan satu bentuk kata yang mempunyai makna yang tersirat. Makna yang tersirat ini menyukarkan penginterpretasian makna sesuatu ujaran. Penggunaan bahasa sindiran merupakan satu bentuk bahasa yang dinamik dalam berkomunikasi. Bahasa sindiran digunakan adalah untuk menjaga air muk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saimon, Aminnudin, Mashori, Saidatun Aishah, Sabarudin, Nurizzati, Umar, Nor Fahimah, Zulkifli, Nur Haziqah, Mohd Suffian, Nur Arina Syakila
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Kulliyyah of Languages and Management 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/99001/1/KOLOKIUM-BAHASA-2022.pdf
http://irep.iium.edu.my/99001/
https://kulliyyah.iium.edu.my/klm/e-book-e-magazine/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa sindiran merupakan satu bentuk kata yang mempunyai makna yang tersirat. Makna yang tersirat ini menyukarkan penginterpretasian makna sesuatu ujaran. Penggunaan bahasa sindiran merupakan satu bentuk bahasa yang dinamik dalam berkomunikasi. Bahasa sindiran digunakan adalah untuk menjaga air muka peserta komunikasi daripada diancam secara terus terang. Kajian ini merupakan kajian yang mengaplikasikan teori Kerangka Keraf (2007). Teori ini membahagikan bahasa sindiran kepada tiga jenis iaitu ironi, sarkastik dan sinisme. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti ragam bahasa sindiran dalam kalangan masyarakat di aplikasi Twitter dan menganalisis ragam bahasa sindiran berdasarkan Kerangka Keraf (2007). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu mengumpul data yang diperoleh daripada aplikasi Twitter serta menggunakan kaedah penganalisisan data secara analisis kandungan teks. Dalam kajian ini, data telah diperoleh daripada 30 orang responden yang membuat ciapan di aplikasi Twitter secara rawak. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan bahasa sindiran dalam kalangan pengguna diaplikasikan secara meluas dan bahasa sindiran ini bukanlah satu perkara yang baharu. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat kini kurang mementingkan etika, adab dan amalan bersopan santun dalam penulisan mahupun lisan sehinggakan penggunaan bahasa sindiran ini sudah dianggap biasa dan telah digunakan tanpa batasan oleh sesetengah masyarakat di Malaysia.